puisi

  • BLOG BM,  puisi

    Perspektif

    Seni rupa itu umpama titi
    dari seniman ke pencinta seni
    yang melorongkan inspirasi
    luah imaginasi dan ekspresi
    membangkitkan emosi
    perlu ada mata hati—
    untuk melihat maksud tersembunyi
    di sebalik bentuk, tekstur dan rupa seni.
    —KL 2018 ©Emila Yusof

    Opera Omnia, Balai Seni Lukis Negara. 2018.
    Comments Off on Perspektif
  • BLOG BM,  puisi

    Surat Kepada Musim Luruh

    Kautahu,
    ada sesuatu tentang dirimu
    dan juga warna-warnamu
    yang sentiasa membuat jiwaku
    berharap untuk bersua
    menyambung semula
    perjalanan kita
    mengulit mimpi yang tertunda.

    —Ampang 2020 ©Emila Yusof

    Steinau, Germany. Oktober 2018
    Comments Off on Surat Kepada Musim Luruh
  • BLOG BM,  puisi

    Melewati Muzium Kafka Yang Gelap

    Galeri gelap penuh rahsia
    alegori pelbagai jenis derita
    gambaran karya Kafka
    bermain di antara—
    garis fiksyen dan fakta
    khayalan dan realitinya.

    —Prague 2018 ©Emila Yusof

    Comments Off on Melewati Muzium Kafka Yang Gelap