CHILDREN'S LITERATURE,  Picbook Review

Ilustrasi buku bergambar Semut Oh Semut membuktikan kepelbagaian teknik dan media seni boleh menjadikan buku lebih menarik dibaca

“Semut Oh Semut” oleh Zanariah Salam adalah sebuah karya yang memikat hati dengan cerita mengenai semut hitam yang gigih bekerjasama melalui pelbagai rintangan untuk mengangkut makanan pulang ke sarang.

Ilustrasinya, menggunakan teknik kolaj dengan pewarnaan kertas sebelum dipotong, memperlihatkan daya kreativiti yang tinggi. Potongan dibuat menggunakan gunting dan ada juga yang dikoyak dengan tangan untuk mendapatkan bentuk dan tekstur yang organik. Penggunaan teknik kolaj tidak hanya menghiasi, tetapi juga memberikan dimensi tambahan pada cerita.

Walaupun teknik ini nampak mudah namun menurut ilustrator, yang juga penulis buku ini, Zanariah Salam, proses potong dan tampal merupakan satu proses yang mencabar. Setiap subjek perlu dipotong mengikut saiznya dan oleh kerana ada potongan yang bersaiz kecil, jika terjatuh ianya akan hilang dicelah-celah potongan yang lain.

Walau bagaimana pun, ada juga bahagian proses yang disukainya—proses yang menurut beliau, merangsang sel-sel otak supaya bertindak lebih cergas. Contohnya ketika menampal kolaj. Waktu ini beliau akan mengubahsuai susunatur papan cerita dan menggubahnya mengikut gerak rasa, permainan warna dan cara potongan.

Dengan 24 mukasurat dan teks yang mesra kanak-kanak, buku ini menjanjikan pengalaman membaca dan belajar yang menyeronokkan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah. Disamping membaca, buku ini juga boleh dijadikan rujukan aktiviti seni kolaj.

Saiz: 20 cm x 20 cm
Kulit lembut
ISBN 9786299665229
Jika berminat, boleh dapatkan buku Semut Oh Semut daripada Zanariah Salam (Instagram) dan juga secara fizikal di Museum of Picture Book Art, GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur.

***

The illustrations in the picture book “Semut Oh Semut” showcase the diversity of techniques and artistic media that can make a book more engaging to read.

“Semut Oh Semut” by Zanariah Salam is a captivating work that tells the story of diligent black ants working together to overcome various obstacles in transporting food back to their nest. The illustrations, using collage techniques with pre-coloured paper before being cut, showcase a high level of creativity. Pieces are crafted using scissors, and some are torn by hand to achieve organic shapes and textures. The use of collage techniques not only embellishes but also adds an extra dimension to the story.

Although this technique may seem simple, according to the illustrator and author of this book, Zanariah Salam, the cutting and glueing process is a challenging one. Each subject needs to be cut according to its size, and due to some small-sized pieces, if they fall, they might get lost among other cutouts.

However, there are also parts of the process that she enjoys—the process that, according to her, stimulates brain cells to function more actively. For example, during the collage glueing, she modifies the arrangement of the storyboard, adapting it to feelings, colour play, and cutting techniques.

With 24 pages and child-friendly text, this book promises an enjoyable reading and learning experience for children aged 6 and below. Beyond reading, the book can also serve as a reference for collage art activities.

Size: 20 cm x 20 cm
Softcover
ISBN 9786299665229
You can buy this book from the author on her IG page: Zanariah Salam (Instagram as well as at the Museum of Picture Book Art, GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur physically.

Comments Off on Ilustrasi buku bergambar Semut Oh Semut membuktikan kepelbagaian teknik dan media seni boleh menjadikan buku lebih menarik dibaca