CHILDREN'S LITERATURE,  Picbook Review

Buku Plogging membuka ruang membincangkan kelestarian alam dengan kanak-kanak

Buku bergambar bertajuk ‘Plogging’ hasil tulisan dan ilustrasi Tun ‘Alia Nadirah adalah sebuah karya yang memperkenalkan tentang konsep plogging, konsep yang pertama kali diperkenalkan dalam buku bergambar kanak-kanak di Malaysia.

Buku ini mengisahkan seorang ayah yang membawa tiga orang anaknya berlari santai di taman sambil membawa beg sampah. Di sepanjang larian, ayah menggalakkan anak-anaknya mengutip sampah. Apabila penat, mereka akan berehat sebentar sebelum menghabiskan larian. Aktiviti yang mereka lakukan ini dikenali sebagai plogging.

Apa itu plogging? Istilah plogging ini berasal dari perkataan Swedish “plocka upp,” yang bermaksud “kutip,” dan kata Inggeris “jogging,” yang bermaksud lari santai. Aktiviti plogging melibatkan peserta yang berlari atau berjalan sambil memungut sampah di sepanjang laluan mereka.

Idea utama di sebalik plogging adalah untuk mempromosikan kesihatan fizikal sambil menyumbang kepada kebersihan alam sekitar.

Melalui teks dan ilustrasi yang mudah difahami, buku ini membuka ruang untuk perbincangan antara ibu bapa dan anak-anak atau guru dan anak-anak murid, tentang kelestarian alam dan cara-cara memberikan sumbangan positif kepada persekitaran.

Karya pertama Alia ini diilustrasi menggunakan pen warna (magic colour) dan pensel warna yang kemudiannya diimbas dan digabungkan dengan elemen dan tektur menggunakan teknik kolaj digital. Walaupun ada ruang untuk pembaikan, namun usaha untuk melukis dan menerbit sendiri karya pertama beliau ini patut dipuji.

Saiz: 20 cm x 20 cm
Mukasurat: 24
Kulit: Lembut
ISBN: 9786299725909
Jika berminat, boleh dapatkan buku Plogging daripada Tun ‘Alia Nadirah (Instagram).

***

English version:

Plogging Provides a Space for Discussing Environmental Sustainability with Children

‘Plogging,’ a picture book written and illustrated by Tun ‘Alia Nadirah, is a work that introduces the concept of plogging, a concept first introduced in a children’s picture book in Malaysia.

The book tells the story of a father who takes his three children for a leisurely run in the park while carrying trash bags. Throughout the run, the father encourages his children to pick up litter. When tired, they take a short break before completing the run. This activity is known as plogging.

So, what is plogging? The term “plogging” comes from the Swedish word “plocka upp,” which means “pick up,” and the English word “jogging,” which means leisurely running. Plogging involves participants running or walking while picking up trash along their route.

The main idea behind plogging is to promote physical health while contributing to the cleanliness of the surrounding environment.

Through easily understandable text and illustrations, this book provides a platform for discussions between parents and children, teachers and students about environmental sustainability and ways to contribute positively to the environment.

Alia’s first work is illustrated using coloured pen (magic colour) and coloured pencil which are later scanned and combined with elements and textures using digital collage techniques. Although there is room for improvement, her efforts to paint and independently publish her first work are commendable.

Size: 20 cm x 20 cm
Pages: 24
Cover: Soft
ISBN: 9786299725909
If you are interested, you can get the book directly from Tun ‘Alia Nadirah (Instagram).

Comments Off on Buku Plogging membuka ruang membincangkan kelestarian alam dengan kanak-kanak