Jangan tegakkan benang yang basah
Alhamdulillah, yang empunya syarikat juga Pengarah Urusan yang mengeluarkan kalendar yang mengandungi hasil ilustrasi saya, telah pun menghubungi saya dan juga peguam saya. Dari kandungan e-mel dan hasil perbincangan, nampak akan selesai segalanya secepat mungkin.
Tetapi sekitar jam 5 petang tadi, yang empunya syarikat menghubungi saya dengan memberi dua pautan gambar yang telah diberi oleh ‘Pereka Grafik’ syarikat milik beliau, yang mengandungi hasil kerja saya tadi. Pautan tersebut bagaikan satu tamparan hebat bagi saya kerana ianya dihoskan di freeimagehosting.net, satu laman web khusus untuk gambar percuma, tiada syarat-syarat atau terma hakcipta.
Lalu saya hubungi peguam dan memberitahu beliau tentang perkara ini. Dalam masa sepuluh minit, peguam pun menghubungi saya semula, katanya, “cuba you right click on the image and see the timestamp, it has been only uploaded today.” Oh, saya baru ingat!! Yang setiap gambar ada bukti tarikh dimuatnaik!!
Klik untuk lihat saiz yang lagi besarrrrrr
Yahoo! Terima kasih tuan lawyer! Saya baru sahaja bermuram durja kerana saya sangkakan lebih banyak lagi hasil kerja saya berleluasa diluar sana tanpa dapat saya kesan. Ok saya tahu ada banyak, tapi saya bergantung pada kawan-kawan blogger juga pembaca blog ini untuk membantu saya tampil kehadapan dan menghubungi saya jika ternampak hasil kerja saya dimana-mana. Untuk itu, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Belanja makan? Tentu sahaja boleh.
Ok, berbalik pada isu pautan tadi, setelah saya dapati ianya baru dimuatnaik petang tadi, saya berasa lega. Oh ya, sebelum itu, saya ada perasan pada kalendar tersebut, pada ilustrasi Norah, Emot, Dixie dan Pumpkin, terdapat beberapa bahagian yang masih mempunyai latarbelakang asal(berwarna biru) yang mungkin lupa dipadam oleh si ‘Pereka Grafik’ tersebut. Gambar asal saya mempunyai latarbelakang biru tersebut manakala gambar yang baru dimuatnaik ke freeimagehosting berlatarbelakangkan warna putih. “Aha!” Awak tertangkap disitu, wahai Pereka Grafik. Dimana awak nak lari.
Bukti yang telah saya kemukakan kepada Encik Empunya dan Pengarah Urusan yang baikhati
Apa lagi penipuan yang awak nak kemukakan kepada orang yang beri awak gaji? yang beri awak sumber rezeki? Sanggup awak menipu dia? Saya kasihan pada boss awak, dia begitu baik sekali, cuba melindungi awak kerana dia percaya kepada awak.
Takpelah, kalau awak tak kasihan pada dia, awak kasihanlah pada saya, cukup-cukuplah nak menegakkan benang yang basah. Jadilah seorang lelaki yang berani dan mengaku kesalahan awak. Kita sama-sama Melayu dan beragama Islam.
Saya juga ada nama penuh dan nama nick awak, dan telah melakukan kerja-kerja penyiasatan. Hasil fotografi dan manipulasi gambar awak memang cantik, secantik poster Alice in Wonderland yang dicipta oleh BLT & Associates, tahapnya. Dan saya juga suka sekali melihat peringatan notis hakcipta dikesemua gambar-gambar awak di Flickr. Oh, adakah disitu awak mengambil gambar saya? Jika disitu, maka notis hakcipta saya juga tertera dengan terangnya disidebar Flickr saya.
Tapi, saya tahu awak ada maruah dan saya tidak akan dedahkan nama awak. Saya juga ada maruah, cuma tahapnya lebih tinggi dari awak.
Hmm…tapi, jika boss awak masih mempercayai awak dan tidak mahu membayar gantirugi, maka kes ini akan berlarutan ke mahkamah dan untuk mencari seberapa banyak maklumat, saya mungkin terpaksa menyiarkan nama awak, lulusan mana dan sebagainya kerana saya perlu mencari seberapa banyak maklumat tentang awak dari orang-orang yang mungkin mengenali awak. Renung-renungkanlah.
40 Comments
marvic
chopp..gotcha…
marvic
nowhere to run or hide now
Whitey Mommy
Sempat lagi nak tipu tu… tu la… bak kata orang sepandai2 tupai melompat… akhirnya jatuh ke tanah jua… tapi kalau dah wat salah sepatutnya mengaku la… lagi mau manipulasi gambar tu… dah terang2kan kalendar tu dia crop daripada gambar kak emi…
Good job kak emi… kak emi sangat teliti orangnya… nasiba baik you can spot the difference…[mesti masa kecik2 suka main permainan ni… hehehe[:p]
seorang blogger memang akan dapat every single thing yang berkaitan… tak boleh nak manipulasi… time kat internet ni kan memang tepat… walaupun setting kita tak tepat…
satu lagi… imposibble gambar kak emi kan masuk kat free imagehosting… tak mungkin… artwork kak emi dapat dikenal… sebab bukan ada 2,3 orang yang drawing cara kak emi… walaupun ada yang ala2 kak emi…tapi masih boleh beza dari segi penggunaan warna…
Siapa yang familiar mesti tahu… dengan detail…
MEmang kesian kepada designer yang mengharapkan kerja2 design sebagai mata pencarian… kami bukannya ada pendapatan tetap…
Kak emi… good job again…
and Good luck…:)
Whitey Mommy
seorang blogger memang akan dapat *detect* every single thing yang berkaitan… tak boleh nak manipulasi… time kat internet ni kan memang tepat… walaupun setting kita tak tepat…
*missing” 🙂
emila
kita celik internet, dik. dia kureng sikit kot.
emila
begitulah tupai…akhirnya jatuh dari pokok tapi tengok besok, tuan punya pokok kata apa.
emila
tu lah
emila
oh cepatnya chop, maria
LadyJava
Oh oh.. kantoi lah.. and still trying to defend himself? tsk tsk tsk.. takper you cukup bukti Emila.. for sure dia tak dapat lari..
Publish jer nama dia biar dia kena boycot!
dawa
kantoi di situ. huhu
zulkbo
salam..
harapan saya agar di selesaikan
secara baik..mana yang mudah
di permudahkan..semoga Allah
permudahkan urusan anda Emila,
saya di belakang anda ..apa saja
keputusan anda..semoga berjaya..
Mariuca
Emila berbahasa melayu, sungguh indah bunyinya! 😀
Mariuca
I agree with LJ, publish je nama depa… no need to give face anymore! 🙁
marvic
kebetulan je…hehehe
marvic
“tuan punya pokok”..hahaha
marvic
rasanya saya juga harus berbahasa melayu dengan lebih kerap lagi… :p
adorablemuslimah
Salam kak emila,
Semoga segala urusan kak emi dipermudahkan insyaAllah.
nkara
go kak emi go… ;p
suka kak emi berbahasa melayu. comel.
Iskandar aka DR Bubbles
Kak Emila,
Siakap senohong, gelama ikan duri,
Sekarang berbohong, dahulu mencuri.
Saya kasihan dengan tuan desainer itu. Tidakkah beliau sedar tindakannya itu menjejaskan periuk nasinya sendiri. Aduhai!
anastasyea
Tak kesian kat tuan punya gambar yang bertungkus lumus siang malam buat artwork macam nie. Alih2 senang2 je orang lain ambik. =(
Spiffy
Aiyaaa Emila, just publish la his name. People like these don’t really deserve sympathy. If it was me, I sure expose the bum.
I’ll be more than happy to keep a lookout for you if people are using your images since I deal with loads of printing material.
jiji
rasa macam kenal eheheh jeng jeng@!~
darkstar
salam kak emi.. baru dapat view blog akak. problem with CHARGER notebook. huhu..
tak bek tol depa, nak tipu tapi ada tarikh upload. Hebat lawyer akak! 😀
tapi kadang2 kalau nipu, akan terdedah juga penipuan tu.
Bila orang da melampau2, kesabaran kite pun ada limit. Keep up sue them kak.
STAND FOR YOUR RIGHT KAK!!!
Khemy
Well Emi, what can I say, he/she really have ‘guts’. Bak kata pepatah, sudah terang, lagi bersuluh. Nak tipu, tapi tak berapa pandai. Pasal image yg dia upload kat free image hosting tu, macam sial kan. Terang-terang ada time stamp. Lawak, lawak. Jom gelak ramai-ramai korang. To the designer, if you reading this, you are f****d, dude. Big trouble. Huge.
Khemy
You know Marzie, don’t mess with Emila when she’s angry. She write in Bahasa to sound more sweet. If in English, man, we are all cabut lari. LOL
mya
kesian boss dia tertipu.. huhu..
sy harap semua akan settle secepat mungkin eh kak..
emila
tu la, boss dia baik ya amat
emila
haha aku tulis BM sebab rasanya budak tu tak faham BI.
emila
indeed, clumsy work or plain stupid.
emila
salam dik. lawyer akak pun internet savvy gak. itulah, dia nak menipu tapi buat kerja tak clean.
emila
kenal ke, jiji? kalau kenal, sebutlah nama dia 😀
emila
aiyaa spiffy, cannot la…my other readers sure will condemn me for giving out his name…jatuhkan maruah.
thanks! i really am thankful for that.
emila
dik, kalau dah desperate, macam-macam orang boleh buat.
emila
Is, bagus pantun tu. Telah menjejaskan periuk nasi sendiri kerana yang empunya syarikat dah buang dia.
emila
yay! ahaha…terima kasih. Sekali sekala berbahasa ibunda di blog 😀
emila
salam dik. insyaAllah.
emila
ya, betul itu, cik maria.
Khemy
tipah tertipu bang. LOL
mrs jamal
jahat budak tu kan..
takpe lepas ni kalu kita jumpa katun kak emi kat mana2 pastu dorang tak kreditkan or curik macam kes ni..kita tolong repotkan ee…
wah..
apa pown ..kita memang dah cam sangat dah kalu katun kak emi camana..kn..kan
emila
thank you for the support. kak emi nak tingkatkan kesedaran tentang penggunaan gambar2 milik orang lain juga copyright.