Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul
Kali ini saya berbahasa Melayu kerana apa yang saya ingin sampaikan adalah mengenai Bahasa Melayu, bahasa rasmi negara kita. Saya bukanlah guru Bahasa Melayu yang bertauliah, namun asas penggunaan Bahasa Melayu telah saya pelajari sejak dibangku sekolah lagi.
Seringkali saya membaca blog atau taraf terkini Facebook yang menggunakan bahasa pesanan ringkas (atau SMS) seperti “Aq x suk dy dowh” atau yang seumpamanya. Contoh ayat yang saya berikan membawa maksud “Aku tak suka dialah.” ‘Dowh’ adalah perkataan yang diambil dari bahasa pasar Bahasa Inggeris, ‘Doh’, iaitu satu ungkapan keluhan untuk menguatkan penggunaan ayat. Jika di dalam Bahasa Melayu, mungkin kita boleh guna ‘lah’.
Jika diteliti, sebenarnya tidak membazir masa pun untuk menulis ayat penuh bagi ‘aku’. Hanya tiga huruf. Ini termasuklah ayat-ayat lain juga seperti ‘tidak’ atau ‘tak’ yang diringkaskan menjadi ‘x’. Bagi saya jika hanya menulis pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit sesama kawan sendiri, ianya tidak ketara. Tetapi jika anda menulisnya dengan tujuan supaya semua orang membacanya, anda perlu fikirkan sekali lagi. Ianya amat tidak sesuai dan juga secara tidak langsung menunjukkan keperibadian anda sebagai seorang yang kelam kabut, cincai, pemalas dan mungkin juga dicap sebagai tidak tahu mengeja.
Disini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil berat yang saya kira perlu ditekankan kepada semua termasuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun:
1. Eja dengan betul. Contoh ejaan betul: Orang. Ejaan salah: Owang, owunk. Ini juga harus diterapkan untuk semua perkataan lain, bukan hanya perkataan ‘orang’. Orang adalah satu contoh yang saya gunakan disini.
2. Gunakan singkatan rasmi untuk perbualan bertulis dan elakkan penambahan huruf lain dihujung perkataan. Contoh singkatan bagi ‘sahaja’ ialah saja. Contoh singkatan yang salah adalah ‘jeww’.
3. Gunakan huruf besar di permulaan ayat dan juga nama khas. Gunakan juga tanda baca seperti koma, titik dan sebagainya di tempat yang betul. Contoh yang betul: Banyak tawaran perjalanan ke Eropah, Amerika dan Afrika, namun saya lebih tertarik untuk berkunjung ke China. Contoh yang salah: banyak tawaran perjalanan ke eropah, amerika dan afrika, namun saya lebih tertarik untuk berkunjung ke china
Marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Dengan ini saya secara tidak rasmi ingin berkongsi lencana blog Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul dengan anda semua.
Kod:
Kod:
Untuk mengecilkan saiz, anda hanya perlu tukar saiznya dibahagian ‘width’.l
Anda boleh memilih lencana yang anda minati dan tampal di ruangan tepi blog anda. Dengan penggunaan logo ini di blog anda, anda secara tidak rasmi juga perlu menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Jika bahasa perantara blog anda ialah Bahasa Inggeris, anda juga boleh menggunakan lencana ini.
Ianya terpulang kepada anda sendiri. Bersamalah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.
Bahan bacaan penting yang berkaitan:
– SMS: Apabila mereka mengeja sesuka hati oleh Nisah Haron
– Lagi bahasa esemes oleh Nisah Haron
– Short form oleh Mazuriah
Nota tambahan: Jika anda ingin menambah kepada senarai diatas, sila nyatakan di ruangan ulasan dibawah. Jika anda mempunyai cadangan lencana tambahan (dari segi gambar dan ayat), sila nyatakan juga. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.
94 Comments
Oldstock
Uish! Pasni dah xleh tulis short form dlm blog Emila lg… hehehe…
Good work, my friend. I dah pinjam banner tu…
emila
Haha Abang Fadhil!! Ala, untuk gurau-gurau, boleh saja.
Whitey Mommy
Akk…
Datang Ambil badge…:)
ezad
bahasa kebangsaan kita, bahasa melayu ke, bahasa malaysia? 🙂
emila
Bahasa Melayu adalah yang sebetulnya.Boleh dirujuk disini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
emila
Boleh, Sha. Silakan.
Cik Puan Bunga
Salam,
Kak Emila, saya ambil satu tahu! ^___^
emila
Boleh, silakan Cik Puan Bunga.
shida
salam kakak, saya pun nak juga badge ni.. =)
azah
Sangat menarik!
Dulu masa mula2 pon suka gak guna short word. Untuk buat note study boleh la. bile buat guna kat fb ke blog terutamanya, rasa mata nak pusing baca perkataan camtu.. @_@
emila
Boleh Shida. Silakan.
emila
Hehe, comelnya Azah ni…secomel suara dia menyanyi di Youtube. Kalau untuk rujukan sendiri, Kak Emi rasa tidak mengapa. Kalau untuk semua orang baca, rasanya tak sesuai.
TheSharkox
HAHAHAHA…kak, apa saya yang perhatikan, budak2 sekolah yang banyak guna aQ, jeWw, owg, korunk, apa benda lagi entah sampai kita yang tak berapa nak muda ni pening mata nak memahamkan apa kejadah yang budak2 tu tulis.
budak2 macam ni kalau ada dalam list fb saya memang saya buang terus. BTW yang kat papan hitam tu terbaik. hahaha
rebina biru
Salam..
Bahasa menunjukkan bangsa.
emila
Ya betul tu Sharkox. Ktia yang tua ni bila baca jadi pening. Ambil masa nak meneliti dan memahami.
emila
Salam. Majulah Bahasa untuk Negara.
nYomeL
Baik!
Saya sahut cabaran akak. Gunakan bahasa melayu dgn betul!
Nanti malam saya pinjam badge yer.. hehe! 😀
thanaif
Boleh saya ambil dan letakkan iklan peragaan Guna bahasa melayu dengan betul di blog saya?
Terima kasih.
Ayu Kelopak
ah, budak-budak zaman sekarang -__-” (terasa tua :P) hehe
faz
Akak, saya letak lencananya ya.
terima kasih, 🙂
YY
AsSalam. Good entry Kak Emila! Am adding the badge to my blog ya 🙂
Thank you
klcitizen
saya menyokong… dengan mengambil satu badge ya:)
azah
aa. comel ke? Malunya saya :”) hehehehe.. akak emi pun comel gak <3
mazuriah
saya ada post pasal short form dalam blog saya. memang sakit mata nak baca apa lagi nak faham apa yang dia orang tulis. 🙂
http://mazuriah.blogspot.com/2011/11/short-form.html
p/s: minta izin nak letakkan badge kat blog ya. thanks.
Gadis Misteri
Saya sokong! Saya ambil lencana tu ya..
emila
Boleh, Gadis Misteri. Silakan.
emila
Nanti saya letak pautan Mazuriah di atas. Boleh, silakan.
emila
Comel. Mana ada Kak Emi comel.
emila
Silakan, KLcitizen. Gembira saya, ramai yang menyokong.
emila
Waalaikumsalam. Thank you YY. MY pleasure, silakan.
emila
Boleh Faz. Silakan.
emila
Hehe.
emila
Boleh. Silakan.
emila
Boleh, silakan. Marilah kita gunakan Bahasa Melayu dengan betul.
emila
Ok Sha, silakan.
Muhd Suhaily
Lama kelamahan bahasa melayu akan menjadi bahasa rojak jika tidak ada inisiatif dari individu itu sendiri untuk memertabatkan bahasa kebangsaan.
Saya suka sebenarnya kerana ini mampu menyedarkan pada yang masih tidak ambil peduli termasuklah diri saya.
Terima kasih.
emila
Saya setuju itu Encik Suhaily. Saya sedar betapa kecilnya usaha saya ini tetapi saya amat gembira kerana ramai yang menyokong.
Pingback:
Ayu Kelopak
saya dah share ini di blog. (tapi bahasa saya masih cacamerba hehe)
Rosyidah
Salam. Saya kongsikan lencana ini dan buat pautan. Terima kasih. Saya juga ada tulis tentang bahasa dan bacaan di dalam blog saya.
bain
salam.
bain
saje je…
bain
nak bagi komen kt sini..
bain
komen kt mana² pun…
bain
boleh kan kak Emi? ^_^
bain
yay! ^_^
bain
yippieee!!!
bain
tadi makan..
bain
nasi campur..
bain
lauknya..
bain
ikan tenggiri..
bain
masak lemak..
bain
cili api..
bain
dgn sambal belacan.
hana
oh i see, i thought dowh is from word ‘bodoh’
;p
fieyona
pengaruh tv,internet,sms dan sebagainya..huhu *geleng kepala*
sue
saya kongsi lencana itu ya! 🙂
emila
Silakan.
puteri
Kak emila! Saya ambil lencana ya! 😀
Cikgu Hairul
Bahasa Jiwa Bangsa. Sesuai sangat kempen menggunakan Bahasa Melayu ini di dalam blog ini. Sebenarnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan garis panduan penggunaan singkatan untuk pengguna. Boleh layari laman sesawang DBP untuk kepastian dan mendapatkan panduan tersebut.
emila
Terima kasih, cikgu,
CikGu Ma
saya pun ambil satu yea…untuk kempen kat diri sendiri walaupun tak la seteruk mana menggunakan singkatan tu…=)
emila
Boleh Cikgu Ma. Silakan. Saya juga letak di sidebar sebagai peringatan diri sendiri.
Mazz
saya nak banner tu untuk letak kat blog saya boleh?
emila
Boleh Cik Mazz, silakan.
Zaki
Memang benar Bahasa Melayu. Tetapi kerajaan telahpun mengeluarkan pekeliling terhadap perkara ini kepada sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan bahawa nama rasmi bahasa negara kita ialah Bahasa Malaysia. Sudah beberapa kali juga ditukar. Mula-mula Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Malaysia. Kemudian ditukar kembali kepada Bahasa Melayu dan kontemporari ini, Bahasa Malaysia kembali. Sekadar komentar
Pingback:
laila
memang pun… kadang2 langsung tak boleh faham… mari kita sama2 amalkan…
emila
Mari!
merahitujambu
saya nak amik laa..betul gunakan bahasa dgn betul
emila
Silakan, Meraitujambu.
Pingback:
cik ezkE
salam. emilia..saya nak pinjam lencana tu boleh…alhamdulillah, syukur ada lagi manusia yang berkesedaran tinggi seperti kamu. saya doakan kamu akan terus maju dan jaya~!kalau diberi keizinan saya nak letak lencana itu di dalam facebook saya. terima kasih.~
soulie
i like this entry! mmg lawak lah hahaha
soulie
i cannot understand a word when i encounter that kind of ‘bahasa malaysia’
soulie
annoying giler when i had to baca merangkak hahahaha!
soulie
best sangat ler TEWWW tulis camtuhhh! saket ati jewwww baca! hahahaha
soulie
btw pinjam satu badge 🙂 thank you!
emila
Ok boleh.
emila
Hahahha.
emila
Memang!
emila
Itulah. Kalau rojak tetapi dengan ejaan yang betul, kita masih bolhe faham. Ini ditambah wwwwww di belakang, ada yang vowle semua hilang, tinggal konsonen. Macamana tu?
emila
Hehehe terima kasih, Soulie!
Zahirul Nukman
Saya sahut kempen ini ! 🙂
emila
Bagus! Terima kasih, Encik Zahirul 🙂
Faridzuan
Adakah saya terlambat sedikit sejak entri ini dipos? Apapun saya tetap sahut cabaran kempen menggunakan bahasa Melayu dengan betul ini! 😀
emila
TIdak terlalu lambat. MArilah kita gunakan Bahasa Melayu dengan betul. 🙂 Terima kasih kerana sudi membaca.
Lya
Akak sgt2 kreatif. 🙂 nak jugak boleh?
Lya
Saya sokong!
Wong
Gambar comel dan tegas. Saya mohon letak di blog saya ya. Terima kasih.
emila
Silakan, Wong.
Bedaduz
Mohon guna banner ni untuk blog saya. Thanks!
emila
Boleh. Silakan.
Faishal
Nak bertanye boleh??
kire-kire ada saran tak buat pelajar indon macam saya ni.. yang nak blajar bahase melayu…??
Saya merasa payah memahami (understanding) ejaan bahasa melayu yang beda sangat dari bahasa indonesia… apelagi bahase melayu formal macam di pemerintahan (government)… sebab bahasa kami berasal dari bahasa melayu tapi suda berubah “sikit sikit lama lama jadi bukit” yang akhirnya jadi beda ejaan, beda kosa kata (vocabulary) dan juga beda faham…
kire-kire apakah ada buku panduan ejaan melayu ??
Mohon maaf sebab saya menaruh beberape ayat yang saya translate ke bahasa english agar tak terjadi salahfahaman… Terima kasih 🙂