Emila Yusof; draw, write, travel.

Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

Posted on | November 30, 2011 | 87 Comments

Kali ini saya berbahasa Melayu kerana apa yang saya ingin sampaikan adalah mengenai Bahasa Melayu, bahasa rasmi negara kita. Saya bukanlah guru Bahasa Melayu yang bertauliah, namun asas penggunaan Bahasa Melayu telah saya pelajari sejak dibangku sekolah lagi.

Seringkali saya membaca blog atau taraf terkini Facebook yang menggunakan bahasa pesanan ringkas (atau SMS) seperti “Aq x suk dy dowh” atau yang seumpamanya. Contoh ayat yang saya berikan membawa maksud “Aku tak suka dialah.” ‘Dowh’ adalah perkataan yang diambil dari bahasa pasar Bahasa Inggeris, ‘Doh’, iaitu satu ungkapan keluhan untuk menguatkan penggunaan ayat. Jika di dalam Bahasa Melayu, mungkin kita boleh guna ‘lah’.

Jika diteliti, sebenarnya tidak membazir masa pun untuk menulis ayat penuh bagi ‘aku’. Hanya tiga huruf. Ini termasuklah ayat-ayat lain juga seperti ‘tidak’ atau ‘tak’ yang diringkaskan menjadi ‘x’. Bagi saya jika hanya menulis pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit sesama kawan sendiri, ianya tidak ketara. Tetapi jika anda menulisnya dengan tujuan supaya semua orang membacanya, anda perlu fikirkan sekali lagi. Ianya amat tidak sesuai dan juga secara tidak langsung menunjukkan keperibadian anda sebagai seorang yang kelam kabut, cincai, pemalas dan mungkin juga dicap sebagai tidak tahu mengeja.

bahasa jiwa bangsa

Disini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil berat yang saya kira perlu ditekankan kepada semua termasuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun:

1. Eja dengan betul. Contoh ejaan betul: Orang. Ejaan salah: Owang, owunk. Ini juga harus diterapkan untuk semua perkataan lain, bukan hanya perkataan ‘orang’. Orang adalah satu contoh yang saya gunakan disini.

2. Gunakan singkatan rasmi untuk perbualan bertulis dan elakkan penambahan huruf lain dihujung perkataan. Contoh singkatan bagi ‘sahaja’ ialah saja.  Contoh singkatan yang salah adalah ‘jeww’.

3. Gunakan huruf besar di permulaan ayat dan juga nama khas. Gunakan juga tanda baca seperti koma, titik dan sebagainya di tempat yang betul. Contoh yang betul: Banyak tawaran perjalanan ke Eropah, Amerika dan Afrika, namun saya lebih tertarik untuk berkunjung ke China. Contoh yang salah: banyak tawaran perjalanan ke eropah, amerika dan afrika, namun saya lebih tertarik untuk berkunjung ke china 

Marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Dengan ini saya secara tidak rasmi ingin berkongsi lencana blog Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul dengan anda semua.

Gunakan Bahasa Melayu dengan betul

Kod:

<img src="http://i448.photobucket.com/albums/qq205/emilayusof/melayu1.jpg" alt="Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul" width="200" />

Gunakan Bahasa Melayu dengan Betul

Kod:

<img src="http://i448.photobucket.com/albums/qq205/emilayusof/melayu2.jpg" alt="Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul" width="200" />

Untuk mengecilkan saiz, anda hanya perlu tukar saiznya dibahagian ‘width’.l

Anda boleh memilih lencana yang anda minati dan tampal di ruangan tepi blog anda. Dengan penggunaan logo ini di blog anda, anda secara tidak rasmi juga perlu menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Jika bahasa perantara blog anda ialah Bahasa Inggeris, anda juga boleh menggunakan lencana ini.

Ianya terpulang kepada anda sendiri. Bersamalah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

Bahan bacaan penting yang berkaitan:
- SMS: Apabila mereka mengeja sesuka hati oleh Nisah Haron
- Lagi bahasa esemes oleh Nisah Haron
- Short form oleh Mazuriah

Nota tambahan: Jika anda ingin menambah kepada senarai diatas, sila nyatakan di ruangan ulasan dibawah. Jika anda mempunyai cadangan lencana tambahan (dari segi gambar dan ayat), sila nyatakan juga. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

Comments

87 Responses to “Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul”

  1. Oldstock says:

    Uish! Pasni dah xleh tulis short form dlm blog Emila lg… hehehe…

    Good work, my friend. I dah pinjam banner tu…

  2. Whitey Mommy says:

    Akk…
    Datang Ambil badge…:)

  3. ezad says:

    bahasa kebangsaan kita, bahasa melayu ke, bahasa malaysia? :)

    • emila says:

      Bahasa Melayu adalah yang sebetulnya.Boleh dirujuk disini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

      • Zaki says:

        Memang benar Bahasa Melayu. Tetapi kerajaan telahpun mengeluarkan pekeliling terhadap perkara ini kepada sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan bahawa nama rasmi bahasa negara kita ialah Bahasa Malaysia. Sudah beberapa kali juga ditukar. Mula-mula Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Malaysia. Kemudian ditukar kembali kepada Bahasa Melayu dan kontemporari ini, Bahasa Malaysia kembali. Sekadar komentar

  4. emila says:

    Boleh, Sha. Silakan.

  5. Salam,

    Kak Emila, saya ambil satu tahu! ^___^

  6. emila says:

    Boleh, silakan Cik Puan Bunga.

  7. shida says:

    salam kakak, saya pun nak juga badge ni.. =)

  8. azah says:

    Sangat menarik!
    Dulu masa mula2 pon suka gak guna short word. Untuk buat note study boleh la. bile buat guna kat fb ke blog terutamanya, rasa mata nak pusing baca perkataan camtu.. @_@

    • emila says:

      Hehe, comelnya Azah ni…secomel suara dia menyanyi di Youtube. Kalau untuk rujukan sendiri, Kak Emi rasa tidak mengapa. Kalau untuk semua orang baca, rasanya tak sesuai.

  9. TheSharkox says:

    HAHAHAHA…kak, apa saya yang perhatikan, budak2 sekolah yang banyak guna aQ, jeWw, owg, korunk, apa benda lagi entah sampai kita yang tak berapa nak muda ni pening mata nak memahamkan apa kejadah yang budak2 tu tulis.

    budak2 macam ni kalau ada dalam list fb saya memang saya buang terus. BTW yang kat papan hitam tu terbaik. hahaha

  10. rebina biru says:

    Salam..
    Bahasa menunjukkan bangsa.

  11. nYomeL says:

    Baik!
    Saya sahut cabaran akak. Gunakan bahasa melayu dgn betul!
    Nanti malam saya pinjam badge yer.. hehe! :D

  12. thanaif says:

    Boleh saya ambil dan letakkan iklan peragaan Guna bahasa melayu dengan betul di blog saya?

    Terima kasih.

  13. Ayu Kelopak says:

    ah, budak-budak zaman sekarang -__-” (terasa tua :P ) hehe

  14. faz says:

    Akak, saya letak lencananya ya.
    terima kasih, :)

  15. YY says:

    AsSalam. Good entry Kak Emila! Am adding the badge to my blog ya :-)

    Thank you

  16. klcitizen says:

    saya menyokong… dengan mengambil satu badge ya:)

  17. azah says:

    aa. comel ke? Malunya saya :”) hehehehe.. akak emi pun comel gak <3

  18. mazuriah says:

    saya ada post pasal short form dalam blog saya. memang sakit mata nak baca apa lagi nak faham apa yang dia orang tulis. :)

    http://mazuriah.blogspot.com/2011/11/short-form.html

    p/s: minta izin nak letakkan badge kat blog ya. thanks.

  19. Saya sokong! Saya ambil lencana tu ya..

  20. emila says:

    Ok Sha, silakan.

  21. Muhd Suhaily says:

    Lama kelamahan bahasa melayu akan menjadi bahasa rojak jika tidak ada inisiatif dari individu itu sendiri untuk memertabatkan bahasa kebangsaan.

    Saya suka sebenarnya kerana ini mampu menyedarkan pada yang masih tidak ambil peduli termasuklah diri saya.

    Terima kasih.

  22. [...] saya pernah terfikir nak buat kempen “eja betul-betul” , dan masa tengah melayari blog Emila Yusof  tadi, terjumpa “entry” Emila yang juga berkenaan tentang penggunaan bahasa melayu yang [...]

  23. Ayu Kelopak says:

    saya dah share ini di blog. (tapi bahasa saya masih cacamerba hehe)

  24. Rosyidah says:

    Salam. Saya kongsikan lencana ini dan buat pautan. Terima kasih. Saya juga ada tulis tentang bahasa dan bacaan di dalam blog saya.

  25. bain says:

    nak bagi komen kt sini..

  26. bain says:

    komen kt mana² pun…

  27. bain says:

    boleh kan kak Emi? ^_^

  28. bain says:

    dgn sambal belacan.

  29. hana says:

    oh i see, i thought dowh is from word ‘bodoh’
    ;p

  30. fieyona says:

    pengaruh tv,internet,sms dan sebagainya..huhu *geleng kepala*

  31. sue says:

    saya kongsi lencana itu ya! :)

  32. puteri says:

    Kak emila! Saya ambil lencana ya! :D

  33. Cikgu Hairul says:

    Bahasa Jiwa Bangsa. Sesuai sangat kempen menggunakan Bahasa Melayu ini di dalam blog ini. Sebenarnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan garis panduan penggunaan singkatan untuk pengguna. Boleh layari laman sesawang DBP untuk kepastian dan mendapatkan panduan tersebut.

  34. CikGu Ma says:

    saya pun ambil satu yea…untuk kempen kat diri sendiri walaupun tak la seteruk mana menggunakan singkatan tu…=)

  35. Mazz says:

    saya nak banner tu untuk letak kat blog saya boleh?

  36. laila says:

    memang pun… kadang2 langsung tak boleh faham… mari kita sama2 amalkan…

  37. saya nak amik laa..betul gunakan bahasa dgn betul

  38. [...] Sumber banner: EmilaYusof.com (Kempen Bahasa Malaysia) [...]

  39. cik ezkE says:

    salam. emilia..saya nak pinjam lencana tu boleh…alhamdulillah, syukur ada lagi manusia yang berkesedaran tinggi seperti kamu. saya doakan kamu akan terus maju dan jaya~!kalau diberi keizinan saya nak letak lencana itu di dalam facebook saya. terima kasih.~

  40. soulie says:

    i like this entry! mmg lawak lah hahaha

  41. soulie says:

    best sangat ler TEWWW tulis camtuhhh! saket ati jewwww baca! hahahaha

  42. Saya sahut kempen ini ! :)

  43. Faridzuan says:

    Adakah saya terlambat sedikit sejak entri ini dipos? Apapun saya tetap sahut cabaran kempen menggunakan bahasa Melayu dengan betul ini! :D

Leave a Reply

  • Mobile Barcode

    QR Code - scan to visit our mobile site

Switch to our mobile site