• awareness/charity

    Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul

    Kali ini saya berbahasa Melayu kerana apa yang saya ingin sampaikan adalah mengenai Bahasa Melayu, bahasa rasmi negara kita. Saya bukanlah guru Bahasa Melayu yang bertauliah, namun asas penggunaan Bahasa Melayu telah saya pelajari sejak dibangku sekolah lagi.

    Seringkali saya membaca blog atau taraf terkini Facebook yang menggunakan bahasa pesanan ringkas (atau SMS) seperti “Aq x suk dy dowh” atau yang seumpamanya. Contoh ayat yang saya berikan membawa maksud “Aku tak suka dialah.” ‘Dowh’ adalah perkataan yang diambil dari bahasa pasar Bahasa Inggeris, ‘Doh’, iaitu satu ungkapan keluhan untuk menguatkan penggunaan ayat. Jika di dalam Bahasa Melayu, mungkin kita boleh guna ‘lah’.

    Jika diteliti, sebenarnya tidak membazir masa pun untuk menulis ayat penuh bagi ‘aku’. Hanya tiga huruf. Ini termasuklah ayat-ayat lain juga seperti ‘tidak’ atau ‘tak’ yang diringkaskan menjadi ‘x’. Bagi saya jika hanya menulis pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit sesama kawan sendiri, ianya tidak ketara. Tetapi jika anda menulisnya dengan tujuan supaya semua orang membacanya, anda perlu fikirkan sekali lagi. Ianya amat tidak sesuai dan juga secara tidak langsung menunjukkan keperibadian anda sebagai seorang yang kelam kabut, cincai, pemalas dan mungkin juga dicap sebagai tidak tahu mengeja.

    bahasa jiwa bangsa

    Disini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil berat yang saya kira perlu ditekankan kepada semua termasuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun:

    1. Eja dengan betul. Contoh ejaan betul: Orang. Ejaan salah: Owang, owunk. Ini juga harus diterapkan untuk semua perkataan lain, bukan hanya perkataan ‘orang’. Orang adalah satu contoh yang saya gunakan disini.

    2. Gunakan singkatan rasmi untuk perbualan bertulis dan elakkan penambahan huruf lain dihujung perkataan. Contoh singkatan bagi ‘sahaja’ ialah saja.  Contoh singkatan yang salah adalah ‘jeww’.

    3. Gunakan huruf besar di permulaan ayat dan juga nama khas. Gunakan juga tanda baca seperti koma, titik dan sebagainya di tempat yang betul. Contoh yang betul: Banyak tawaran perjalanan ke Eropah, Amerika dan Afrika, namun saya lebih tertarik untuk berkunjung ke China. Contoh yang salah: banyak tawaran perjalanan ke eropah, amerika dan afrika, namun saya lebih tertarik untuk berkunjung ke china 

    Marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Dengan ini saya secara tidak rasmi ingin berkongsi lencana blog Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul dengan anda semua.

    Gunakan Bahasa Melayu dengan betul

    Kod:

    <img src="https://i448.photobucket.com/albums/qq205/emilayusof/melayu1.jpg" alt="Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul" width="200" />

    Gunakan Bahasa Melayu dengan Betul

    Kod:

    <img src="https://i448.photobucket.com/albums/qq205/emilayusof/melayu2.jpg" alt="Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul" width="200" />

    Untuk mengecilkan saiz, anda hanya perlu tukar saiznya dibahagian ‘width’.l

    Anda boleh memilih lencana yang anda minati dan tampal di ruangan tepi blog anda. Dengan penggunaan logo ini di blog anda, anda secara tidak rasmi juga perlu menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Jika bahasa perantara blog anda ialah Bahasa Inggeris, anda juga boleh menggunakan lencana ini.

    Ianya terpulang kepada anda sendiri. Bersamalah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

    Bahan bacaan penting yang berkaitan:
    SMS: Apabila mereka mengeja sesuka hati oleh Nisah Haron
    Lagi bahasa esemes oleh Nisah Haron
    Short form oleh Mazuriah

    Nota tambahan: Jika anda ingin menambah kepada senarai diatas, sila nyatakan di ruangan ulasan dibawah. Jika anda mempunyai cadangan lencana tambahan (dari segi gambar dan ayat), sila nyatakan juga. Pastikan anda menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

  • comm. work,  digital illos

    Wedding illo set

    I did this for an old friend (last July) who is entrusted by her brother to handle his wedding invite. Corrine wants me to come up with a set of travel illustrations as her brother and fiancee are both cabin crew. The invite will be like a passport and so I added an emblem for the cover.

    travel illos

    emblem

    Emblem rationale: as Dominic and Yvonne loves travelling, i made two birds spreading their wings. Dominic the bird with bow tie and Yvonne with frangipani. these two birds also depict lovebirds. The middle armour depicts love, Dominic & Yvonne (DY), wedding rings and family (2 adults and at least 3 kids). Haha.

    Dominic and Yvonne will tie the knot in December 2011.

  • awareness/charity,  comm. work,  watercolor

    See green, see life – finished work

    We, the human beings, not leaving behind the animals, need trees to live.  Trees produce oxygen and we could all not exist without trees. A mature leafy tree produces as much oxygen in a season as 10 people inhale in a year. What many people don’t realize is that the forest also acts as a giant filter that cleans the air we breath. Deforestation is becoming more and more ‘popular’ and the filter is getting more thinner and thinner. I am afraid that if we do not take action from now, there will be no more forests and trees. And when this happens, we will all be struggling for oxygen and we might even have to buy oxygen to survive. Imagine Oxygen Banks everywhere. And imagine that the interest will be higher and higher everyday due to high demands. Imagine…imagine…. If you need a portable oxygen concentrator like this Simply Go Mini oxygen concentrator, you can check out a helpful site like https://mainclinicsupply.com/products/philips-respironics-simplygo-mini-portable-oxygen-system-free-next-day-fedex-overnight-shipping for more info!

    Oh well, I got carried away after watching ‘In Time’ movie few weeks back. But, the situation is possible, you know. PLEASE, love trees and plant trees. Join the effort to help curb destruction of natural resources. One way is to join PEKA. PEKA MALAYSIA is an NGO known as Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, which was form to stop the destruction of natural resources, to defend the rights of environment and be the voice of nature, and further more to educate to create awareness about nature, sound health and the preservation and sustenance of the environment.

    Here’s a poster I did for PEKA for their upcoming event that will be done in regular basis. Will let you know more about the event soon. This poster has yet to be approved by committee members but I post it here just to share with you.

    see green, see life