• BLOG BM,  CHILDREN'S LITERATURE,  Picbook Review

    Pokok Pain karya dari Sweden mengajak kita berfikir secara mendalam tentang kelestarian alam

    Pokok Pain atau Furan dalam bahasa Swedish, karya Lisen Adbåge, telah diterjemah dan diterbit ke Bahasa Malaysia hasil kerjasama Oyez!Books dan Kedutaan Sweden di Malaysia. Tujuan utama kerjasama ini ialah untuk memperkenalkan karya buku bergambar kanak-kanak dari Sweden untuk pembaca di Malaysia.

    Pokok Pain (Furan dalam bahasa Swedish) menceritakan kisah sebuah keluarga yang membeli tanah yang mempunyai sebuah pondok usang. Mereka meruntuhkan pondok usang tersebut dan juga menebang beberapa batang pokok pain di sekitar kawasan hutan untuk dijadikan bahan membuat rumah baharu. Ketika kerja-kerja penebangan dijalankan, beberapa perkara ganjil berlaku—bunyi jeritan dari pokok kedengaran, diiringi dengan getah pain seakan darah mengalir keluar dari pokok.

    Semua pokok ditebangkan kecuali sebatang pokok pain. Namun apabila pokok ini menghalang pandangan dari tingkap mereka, pokok tersebut akhirnya ditebang juga. Berikutan itu, banyak perkara aneh berlaku—walaupun sudah tiada pokok pain, setiap pagi mereka mendapati longgokan kon pain di luar rumah mereka. Jarum-jarum pain juga entah bagaimana muncul dalam rumah. Sedikit demi sedikit, fizikal badan mereka menjadi seperti pokok dan akhirnya si ibu membuat keputusan wajar, iaitu menanam diri mereka ke dalam tanah supaya mereka terus hidup.

    Pengakhiran yang menakutkan, bukan? Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak terdapat dalam kisah dongeng dahulukala di mana perbuatan yang tidak baik akan menerima akibatnya. Kisah dongeng dahulukala sentiasa memberi pengajaran yang maksudnya perlu difikirkan secara mendalam. Ini cara orang dahulu mengajar pembaca supaya berbuat baik antara satu sama lain—bukan sahaja sesama manusia, tetapi antara manusia dan alam, antara manusia dan setiap benda atau makhluk yang hidup di atas bumi. Mungkin caranya agak menakutkan tetapi ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pemikiran kita dan mungkin tindakan kita di masa hadapan.

    Dalam kisah Pokok Pain ini, Lisen ingin menyampaikan tentang balasan alam kepada manusia yang menebang pokok untuk kepentingan diri sendiri. Bagi masyarakat Sweden, pokok itu sumber rezeki, di mana mereka menjual pokok untuk diproses menjadi kertas dan seterusnya produk dari kertas seperti buku. Untuk itu, mereka sentiasa harus memastikan pokok terus wujud untuk kelestarian kehidupan dalam hutan, juga untuk manusia. Setiap pokok yang ditebang, harus ditanam dengan anak pokok baharu supaya kitaran alam tidak terganggu.

    Tentang penulis/ilustrator: Lisen Adbåge. Lisen dilahirkan pada tahun 1982 di Sya in Östergötland. Beliau berkelulusan seni dari Sekolah Seni Hofors. Karya-karya Lisen terkenal di Sweden dan antara karya beliau yang popular ialah Kurt och Kio, Stor-Emma dan Koko och Bosse. Antara anugerah yang diterimanya ialah Anugerah Elsa Beskow Plaque (2018) dan Anugerah Expressens Heffaklump (2021).

    Pokok Pain karya Lisen Adbåge ini boleh di baca di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam atau mungkin juga di perpustakaan PPAS yang lain.

    Comments Off on Pokok Pain karya dari Sweden mengajak kita berfikir secara mendalam tentang kelestarian alam
  • ABOUT ME,  ARTWORKS

    Embracing Art: Inspiring Without Competing or Leading

    In a world that often celebrates competition and leadership, I find solace in the simple yet profound act of creating art, whether it be fine art or picture book illustrations. My journey is not about being the best or leading others—it’s about inspiring and connecting with people through the language of creativity. It is about showcasing the best of what art can do. I believe art can inspire everyone, breaking free from the constraints of comparison.

    Art is my medium to share emotions, stories, and perspectives, evoking feelings, sparking thoughts, and fostering a sense of unity. Its true beauty lies in its ability to inspire, transcending the boundaries of competition and the need for hierarchy.

    While leadership has its merits, I’ve found a different kind of leadership in inspiration. By sharing my creations and embracing vulnerability, I hope to lead by example, encouraging others to express themselves authentically. It’s not about being in front but standing alongside and fostering a community of artists/illustrators who support and uplift each other.

    My goal is clear: to inspire without the weight of competition and the burden of leadership. Together, let’s create, inspire, and embrace the true essence of artistic expression.

    Comments Off on Embracing Art: Inspiring Without Competing or Leading
  • CHILDREN'S LITERATURE,  Picbook Review

    Lay Koon’s Artistic Tale of the Celestial Dragon in “Xin & The Blue Dragon of Spring”

    I recently had the pleasure of immersing myself in the magical world crafted by the talented Lim Lay Koon in her picture book, “Xin & The Blue Dragon of Spring.”

    “Xin & The Blue Dragon of Spring” is an enchanting picture book that takes readers on a captivating journey through a magical world filled with wonder and bravery. The story revolves around a blue dragon that slumbers, causing the land to grow colder as the winter stars await its awakening. Only one daring girl, Xin, armed with a sacred box, takes on the quest to rouse the dragon from its deep sleep.

    As Xin embarks on her courageous expedition, she traverses diverse landscapes—crossing a river, navigating a canyon, and ascending a mountain. The vivid descriptions and beautifully illustrated scenes immerse readers in Xin’s adventurous odyssey. The anticipation builds as Xin reaches a mysterious deep cave where the mighty Blue Dragon of Spring lies dormant.

    Lim Lay Koon skillfully crafts Xin as a determined and fearless protagonist. The character’s journey not only highlights her courage but also emphasizes the power of empathy and the willingness to take risks for the greater good.

    One aspect that particularly caught my attention was the clever typesetting. As things from the sacred box grow bigger in the story, so does the text. This ingenious detail not only reflects the narrative arc but also engages readers in a subtle and immersive way.

    What struck me immediately was Lim Lay Koon’s artistic evolution over the years. Having known her work for quite some time, witnessing the intricate details and vibrant hues in the illustrations of the blue dragon left me amazed. Her use of gouache adds a unique quality to the visuals, creating a feast for the eyes.

    The spread compositions in the book are nothing short of marvellous. Each page tells a story, drawing readers deeper into the unfolding adventure. Lim Lay Koon’s skilful play with space and colour adds more richness to the narrative. Lim Lay Koon’s storytelling prowess and artistic finesse create a world that lingers in the imagination long after the last page is turned.

    It’s worth noting that Lay Koon’s remarkable talent was rightfully recognized when she clinched the grand prize at the YGIA Awards last year. This prestigious acknowledgement only adds to the allure of her work, solidifying her as a prominent force in the world of storytelling through art.

    In a way, it’s as if Lay Koon herself is the dragon awakening from slumber, breathing life into the pages of “Xin & The Blue Dragon of Spring.”

    Xin and the Blue Dragon of Spring
    Author/Illustrator: Lim Lay Koon
    Publisher: Oyez!Books
    ISBN 978-967-2384-52-6
    Format: Hardcover
    Size: 297 x 210mm
    Pages: 32

    Comments Off on Lay Koon’s Artistic Tale of the Celestial Dragon in “Xin & The Blue Dragon of Spring”
  • BLOG BM,  Children's Book How-to

    Penggunaan Warna dalam Buku Bergambar

    Warna memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi. Warna juga bertindak sebagai bahasa universal, di mana kanak-kanak bertindakbalas terhadap warna. Satu perkara yang perlu dipertimbangkan ialah suasana cerita. Apakah warna yang melambangkan suasana atau emosi?

    Psikologi warna boleh digunakan untuk mendapatkan kesan dampak pada ilustrasi. Pernahkah anda terfikir, apabila kita melihat langit biru, kita akan berasa tenang? Atau apabila kita melihat bunga matahari, kita akan berasa gembira? Berikut disenaraikan beberapa tindakbalas emosi terhadap warna:

    Merah – Bahaya, marah, keterujaan, keberanian.
    Biru – Ketenangan, kesedihan,kesejukan.
    Kuning – Kegembiraan, keceriaan.
    Hijau – Kedamaian.
    Hitam- kejahatan, kesedihan.
    Merah jambu – simpati, harapan, kasih sayang.
    Jingga – Kehangatan, nostalgia.
    Putih – Kebaikan, kebersihan atau sesuatu yang suci murni.
    Hitam dan Putih – Bersifat semulajadi, imbauan masa lalu, memfokus kepada penceritaan ilustrasi tanpa diganggu oleh warna.

    Dengan memahami kaitan warna dan emosi, kita boleh menggunakannya untuk ilustrasi buku bergambar. Fahami cerita dan tentukan suasananya, kemudian warnakan ikut kesesuaian.

    Berikut saya berikan sedikit kupasan warna dan emosi bagi beberapa buah buku bergambar.

    Aimi Tidak Murung Lagi, Zanariah Salam.

    Buku ini tentang kesedihan seorang budak perempuan bernama Aimi yang kematian ibu, namun disebalik itu, barang peninggalan ibunya iaitu kamera dapat menggembirakannya semula.

    Kredit gambar: Zanariah Salam

    Dalam ilustrasi cerita ini, ilustrator memilih warna putih dan merah jambu untuk mengekspresikan perasaan dan perjalanan emosi Aimi. Warna putih melambangkan kesederhanaan dan kemurnian, dan dalam konteks ceritanya menggambarkan penerimaan Aimi tentang kematian ibunya.

    Merah jambu sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang dan harapan, justeru, dalam konteks cerita ini, merah jambu mencerminkan hubungan emosional antara Aimi dan ibunya, melalui kamera milik ibunya. Warna ini juga mewakili momen kebahagiaan yang baru ditemukan dalam atmosfera yang penuh kasih sayang. Dengan kombinasi warna putih dan merah jambu, ilustrator menciptakan sebuah karya visual yang memperkuatkan perjalanan dalam mengatasi kesedihan.

    Puteri Gunung Ledang, Emila Yusof.

    Buku ini ialah penceritaan semula dari sudut pandang puteri sendiri. Untuk memberikan dampak pada ilustrasi, saya pilih warna tona hitam kelabu, kuning dan merah menyala. Tona hitam kelabu dapat memberikan kesan misterius dan dramatik, menggambarkan sebuah cerita klasik yang epik.

    Warna merah menyala saya pilih untuk menggambarkan karakter puteri yang berani dan juga Gunung Ledang yang masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Warna kuning selendang bersimbol sebagai semangat positif dan keyakinan untuk menghadapi cabaran.

    Comments Off on Penggunaan Warna dalam Buku Bergambar
  • Anecdote

    Raafik, Ali dan Sangam

    Tentunya ada perkara yang akan sentiasa mengingatkan saya kepada Pesta Buku Antarabangsa Chennai 2024; perbincangan dengan Raafik, perbincangan dengan Ali dan buku berwarna merah jambu oren dengan teks berwarna putih yang menarik perhatian sejak hari pertama pesta.

    Setelah menghadiri beberapa pertemuan, saya agak kepenatan bercakap. Namun saya gagahkan diri untuk ke pertemuan seterusnya dengan ejen sastera yang juga bekas wartawan, anak muda yang bernama Raafik. Dia menghulurkan katalognya. Saya meneliti katalog dan kemudian memintanya menceritakan tentang dua kisah dalam buku kanak-kanak yang tersenarai. Dia bercerita dengan penuh emosi dari mula sampai habis untuk kedua-dua buku. Setelah habis bercerita, saya katakan padanya dia boleh menjadi seorang pencerita yang bagus. “I have a very good listener,” katanya sambil tersenyum. Kemudian tiba pula giliran saya pula untuk mempromosi buku-buku yang saya bawa. Oleh kerana saya bukanlah pencerita yang bagus (seperti Raafik), saya berikan ringkasan cerita sahaja dan kemudian biarkan ilustrasi bercerita. Matanya bersinar dan perkataan ‘wow’ tidak lekang dari mulutnya. “This is amazing! So beautiful.” Menurut Raafik, ketika kecil di rumahnya tiada sebarang buku kanak-kanak, hanya ada suratkhabar dan novel. Dia selalu curi membaca novel milik kakaknya. “Was the novel appropriate for your age?” tanya saya. Dia ketawa dan menjawab, “No, and I was 13!” Kami ketawa. Dari satu buku ke satu buku yang lain sehingga habis lima buah buku dibacanya. Sebelum pulang saya mencarinya dan memberi dua buah buku bergambar. Dia gembira bukan kepalang. Sebelum tamat pesta dia mencari saya untuk mengucapkan selamat jalan dan berterima kasih sekali lagi. Sejuk hati.

    Di satu pertemuan lain, saya bertemu Ali. Kami berbahas tentang satu perkara dan setelah tamat perbincangan, saya beredar untuk pertemuan lain dengan perasaan tidak puashati yang mungkin sedikit terpancar di muka. Sedang saya menunggu untuk pertemuan selanjutnya, Ali datang mencari saya, “Don’t take my words too hard.” Rupanya Ali perasan muka saya yang masam tadi. Saya angkat bahu dan bersetuju, “OK”, kata saya, malas untuk meneruskan kekeruhan.

    Sejak hari pertama lagi, mata saya terpandang sebuah buku yang jauh di rak paling atas di ruang berdekatan dengan reruai Malaysia. One Hundred Sangam Love Poems. Hmm…. Saya buat carian; wow! seratus puisi zaman Sangam 300M. Saya harus dapatkan buku itu kerana ingin membacanya. Hari terakhir pesta, hati saya masih pada buku Sangam. Saya bertanya kepada pekerja sukarela jika saya boleh ambil buku tersebut, namun tidak dibenarkan. Ketika itu saya ternampak Ali. “Ali, I want Sangam,” sambil menunjuk kepada buku tersebut. Ali terus pergi ambil kerusi, panjat, ambil dan berikan pada saya. “Thank you Ali!” kata saya dengan gembira. Ali mengeleng-gelengkan kepalanya melihat muka saya yang tidak lagi masam.

    Comments Off on Raafik, Ali dan Sangam
  • BLOG BM,  Children's Book How-to,  CHILDREN'S LITERATURE

    Kepentingan Warna Dalam Buku Bergambar Kanak-kanak

    Warna memainkan peranan penting untuk pembelajaran kanak-kanak dan boleh menarik perhatian mereka untuk melihat pelbagai aspek warna dalam ilustrasi. Ini boleh membantu perkembangan minda mereka. Pemilihan warna dalam ilustrasi buku kanak-kanak bergantung kepada gaya dan tema buku, audiens sasaran juga kepada pilihan warna peribadi ilustrator.

    Terdapat beberapa kategori warna yang biasa digunakan dalam ilustrasi buku kanak-kanak. Berikut adalah beberapa contohnya:

    Warna terang: Buku bergambar selalunya memaparkan warna yang energetik untuk menarik perhatian kanak-kanak.

    Ilustrasi Umaral dengan warna-warna terang.

    Warna pastel atau kurang terang: Warna pastel memiliki lebih tona warna putih. Contohnya warna hijau jika bercampur dengan warna putih akan menjadi hijau muda. Begitu juga pada warna lainnya. Warna-warna sebegini selalunya menggambarkan suasana yang damai dan tenang.

    Ilustrasi My Grandma’s Flowering Tea dengan warna-warna pastel.

    Warna Datar: Warna-warna ini sering ditonjolkan dalam ilustrasi untuk meningkatkan daya tarikan visual dan membantu dalam pengenalan awal tentang warna. Warna datar tidak mempunyai tona gradasi untuk mencipta rekaan yang bersih dan ringkas.

    Ilustrasi Mila dengan warna datar.

    Warna hangat (warm): Warna hangat (contohnya merah, kuning, oren) dapat menyampaikan perasaan gembira, sesuai untuk menceritakan kisah-kisah yang positif dan penuh aksi kehidupan.

    Warna Sejuk (cool): Warna sejuk (contohnya biru, hijau, ungu) sering dikaitkan dengan ketenangan dan kesejukan, sesuai untuk menceritakan kisah-kisah yang berlatarkan kedamaian dan pengembaraan. Warna-warna ini juga sesuai untuk menggambarkan keajaiban dalam cerita fantasi atau misteri.

    Kombinasi warna hangat dan sejuk juga boleh digabungkan untuk mendapatkan kontras yang menarik dan memperkaya pengalaman pembaca dalam menyampaikan emosi dan nuansa yang sesuai dengan naratif.

    Ilustrasi Pelangi Pagi dengan warna-warna hangat.
    Ilustrasi Puteri Seonhwa dengan warna-warna sejuk.

    Warna kontras: Warna kontras merujuk kepada warna yang berlawanan (complement) dalam roda warna. Warna-warna ini digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak dan menonjolkan elemen penting dalam ilustrasi. Contoh warna-warna berlawanan bagi biru ialah jingga, bagi merah ialah hijau.

    Lukisan dengan warna yang berlawanan.
    Comments Off on Kepentingan Warna Dalam Buku Bergambar Kanak-kanak