BLOG BM

Selendang di Leher Mary

Selendang membawa ingatan saya kepada Mary. Mary yang dijumpai mati di dasar sungai di bandar Hazard, Nebraska. Di lehernya terikat kemas selendang putih.

Ya, ini kisah Mary dalam lagu Hazard, karya Richard Marx, 27 tahun yang lampau.

Hazard – Richard Marx
“My mother came to Hazard when I was just seven
Even then the folks in town said with prejudiced eyes
That boy’s not right…
Three years ago when I came to know Mary
First time that someone looked beyond the rumours and the lies
And saw the man inside…
We used to walk down by the river
She loved to watch the sun go down
We used to walk along the river
And dream our way out of this town…
No one understood what I felt for Mary
No one cared until the night she went out walking alone
And never came home…
Man with a badge came knocking next morning
Here was I surrounded by a thousand fingers suddenly
Pointed right at me…
I swear I left her by the river
I swear I left her safe and sound
I need to make it to the river
And leave this old Nebraska town
I think about my life gone by
And how it’s done me wrong
There’s no escape for me this time
All of my rescues are gone, long gone
I swear I left her by the river
I swear I left her safe and sound
I need to make it to the river
And leave this old Nebraska town…”
Pencipta: Richard Marx
© BMG Rights Management

Lagu dan video Hazard adalah mengenai persahabatan antara Mary dan narator. Kedua-dua mereka sering bertemu di tepi sungai dan mempunyai impian untuk meninggalkan bandar Hazard untuk membina kehidupan yang lebih baik. Bagi Mary, narator adalah sahabat sejati yang betul-betul memahami dirinya. Begitu juga dengan narator, mungkin perasaannya lebih dari itu, namun dalam video tiada langsung menunjukkan mereka intim sebagai pasangan kekasih.

Oleh kerana sikap prejudis penduduk bandar Hazard terhadap narator, narator ditangkap polis kerana disyaki membunuh Mary. Satu-satu bukti yang ada ialah selendang putih milik narator yang berada di leher Mary. Sebelum Mary mati, narator terserempak dengan Mary sedang memadu kasih dalam kereta di tepi sungai. Kelihatan narator berpusing untuk pergi dari situ namun apabila kereta polis tiba, dia melarikan diri dan selendangnya tersangkut pada pokok. Mary keluar dari kereta namun tidak sempat mengejar narator kerana kehadiran polis.

Bagaimana pula kereta polis tiba-tiba muncul? Kalau dilihat dari video, seorang Syerif sering mengekori Mary. Dalam satu babak, ada dua gambar dalam kereta Syerif; gambar Mary bersama narator dan gambar Mary merenung tepat pada kamera. Di daerah Nebraska, kegiatan pelacuran adalah salah di sisi undang-undang dan berkemungkinan Syerif memantau kegiatan Mary yang disyakinya terlibat dalam kancah pelacuran.

Prejudis timbul kerana ketika narator masih kanak-kanak, ibunya mati dalam kebakaran dan narator kelihatan lari dari tempat kejadian, namun tiada bukti yang menyatakan narator yang membakar rumah tersebut. Dalam video ada juga butiran yang menunjukkan api makin marak dan narator, dari belakang langsir, sedang memerhati ibunya bersama teman lelaki sebelum meninggalkan rumah.

Puas saya fikirkan siapa yang membunuh Mary dan cuba merasionalkan setiap butiran dalam dua video lagu tersebut; ada video rasmi dan video bahagian kedua. Ada petunjuk berbeza yang diselitkan.

Bagi saya ada dua kemungkinan; mungkin Mary membunuh diri, mungkin juga narator yang melakukannya.

Tidak mungkin Syerif yang melakukannya kerana secara rasionalnya, dia menjalankan tugasnya.

Teori Mary membunuh diri: dalam satu babak, Mary sedang berjalan seorang diri di tepi sungai dengan selendang milik narator di lehernya. Ini bermakna, Mary telah mengambil selendang tersebut. Kemudian Mary berjalan perlahan-lahan masuk ke sungai. Esoknya dia ditemui mati. Mary mungkin membunuh diri kerana mengecewakan satu-satunya sahabat sejati yang dia ada dalam dunia.

Teori narator membunuh Mary: dalam liriknya ada menyebut:

No one cared until the night she went out walking alone
And never came home…

I swear I left her by the river, I swear I left her safe and sound…

Bagaimana narator tahu Mary berjalan seorang diri? Tampak seperti narator kembali ke lokasi. Semasa dia tinggalkan Mary pertama kalinya adalah ketika dia nampak Mary berduaan dengan kekasih dalam kereta dan lari tergesa ketika kereta polis tiba. Mungkin narator kembali ke lokasi tepi sungai dan berjumpa Mary dan kemudiannya membunuh Mary.

Demikianlah teori dan tafsiran saya terhadap Hazard sejak sekian lama, sehinggalah tadi saya terjumpa hantaran Richard Marx tampil membuat kenyataan dua tahun lepas.

Haha! Jahatlah dia! Potong stim betul. ‘Covfefe’ itu cerita lain; meme yang mengejek presiden AS. 😀

Apapun, tafsiran keseluruhan saya, sungai itu adalah satu metafora kehidupan. Sungai yang boleh membuatkan kita hanyut atau lemas. Selendang putih itu metafora untuk memori yang kita pegang sehingga kita mati, contohnya persahabatan.

Wallahu a’lam.

*Sumber prompt dari Norsa’adah: 31 Perkataan Sebagai Pencetus Idea

Comments Off on Selendang di Leher Mary