BLOG BM

Sahabat: Umbrella

You have my heart, and we’ll never be worlds apart
Maybe in magazines, but you’ll still be my star
Baby, ’cause in the dark
You can’t see shiny cars
And that’s when you need me there
With you I’ll always share
Because
When the sun shines, we shine together
Told you I’ll be here forever
Said I’ll always be your friend…

Tiap kali lagu Rihanna muncul di corong radio, ingatannya kembali kepada Siti Aishah, teman sekelas darjah satu, duduk bersebelahan, berpuluh tahun dahulu.

“Umbrella! Tunggu saya,” Aishah memanggil sewaktu loceng rehat berbunyi.

“Awak, nama saya bukan Umbrella,” katanya.

“Tahu. Saja suka. Nama awak kalau sebut macam orang putih sebut, bunyinya Umbrella!” Aishah tersengih sambil menjeling dan mencebik bibir ke arah anak orang putih, yang juga ketua darjah, yang sedang memerhati mereka.

Sejak itu, dialah umbrella bagi Aishah. Sama-sama ketawa dan menangis, sama-sama membantu apabila masing-masing dibuli oleh budak perempuan mat salleh anak Kolonel yang suka membuli budak-budak yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Mereka sama-sama makan di bawah pokok ara di tepi padang sekolah. Sama-sama berkongsi bekalan makanan. Sama-sama berlari ke kedai apek beli asam katok 5 sen sejurus loceng tamat sekolah berbunyi.

Siti Aishah, sahabat dari Darjah Satu hingga Darjah Tiga. Kemudian mereka terpisah kerana Umbrella berpindah ke daerah lain. Dalam hati Umbrella, Siti Aishah tetap sahabatnya sampai bila-bila dan Siti Aishah tetap kekal sebagai kanak-kanak dalam fikirannya walaupun dia tahu Siti Aishah, sama sepertinya, sudah melangkah masuk ke umur separuh abad.

*Sumber prompt dari Norsa’adah: 31 Perkataan Sebagai Pencetus Idea

Comments Off on Sahabat: Umbrella