BLOG BM

Lari: Sadie Hopkins, The Run & The Migrants

Bercerita tentang lari, saya teringat tentang kisah Sadie Hopkins dan Em (bukan saya hahaha tapi watak dalam cerita) dari cerpen karya Truman Capote yang bertajuk The Moth in The Flame. Saya ada beberapa buah buku karya beliau kerana sangat suka dengan gaya penulisannya. Antara karya cerpen beliau yang saya suka ialah Miriam dan Music for Chameleons.

The Moth in The Flame mengisahkan tentang Sadie Hopkins yang lari dari penjara. Sadie dihukum penjara kerana membunuh dan ramai yang percaya dia gila selepas itu. Sadie diburu oleh beberapa orang kampung termasuk suami Em, George.

Tiba senja, Em didatangi oleh Sadie. Timbullah babak perbualan antara Em dan Sadie. Sadie meminta bantuan Em kerana dia penat dan lapar dan memohon Em melindunginya dari mereka yang memburunya.

Memang cemas membaca cerpen ini, dan pada pengakhiran cerpen ini pastilah ada plot twist. Saya tak boleh tulis semula cerpennya di sini kerana ianya tertakluk di bawah hakcipta The Truman Capote Literary Trust tetapi anda boleh membacanya di sini: The Moth in The Flame. Anda juga boleh membeli buku The Early Stories of Truman Capote untuk membaca cerpen tersebut dan yang lain-lain yang juga sangat menarik, terbitan Random House.

Kemudian teringat pula saya akan fiksyen mikro dan ilustrasi yang saya buat untuk cabaran Inktober beberapa tahun lepas bertajuk The Run dan The Migrants. Kedua-duanya bertemakan LARI. Saya ada terbitkan zine untuk koleksi fiksyen mikro ini tetapi stok sudah habis.

The Run
The dark night feels like a fathomless abyss but she takes her chance and runs as fast as she can; away from the nightmare that has been eating her up inside; that keeps her from moving forward. She must make her way through the dark trail of nightmares and torment, and return to the present.

The Migrants
“You know, birds here are fatter and fluffier,” he said while pointing to a robin on a branch.

“Do you think we will get as fluffy here?” she asked. She laid her head on his shoulder.

He sighed heavily. Life has been hard. They hardly ate since they got out of the boat.

*Sumber prompt dari Norsa’adah: 31 Perkataan Sebagai Pencetus Idea

Comments Off on Lari: Sadie Hopkins, The Run & The Migrants