• MISC

    Cabaran 5 minit!

    Apakah perkara terbaik yang boleh anda lakukan semasa sedang membaca blog ini? Minum kopi? Makan nasi lemak? Sambil membaca, apa kata anda tolong Kak Emila sikit? Hahaha bukan apa, cuma nak minta tolong undi. ;P

    Nak undi itu senang sahaja. Saya perlukan 5 minit sahaja dari masa anda.

    1. Mula-mula, daftarkan diri anda di ruangan Sign-up; masukkan semua maklumat yang diperlukan termasuk e-mel dan nombor telefon.
    2. Kemudian, tunggu e-mel tiba dan tekan pautan yang terdapat di dalam e-mel tersebut. Kalau anda masih tidak menerima e-mel, cuba semak didalam spam folder. Kadang-kadang tersangkut di situ.
    3. Setelah itu, silalah ke ruangan kategori The Best of The Best Blog of The Year dan tekan butang vote disebelah kanan ruangan yang bertanda emilayusof.com

    Sudah tamat masa 5 minit! Anggap ini sebagai cabaran di pagi hari. Jika anda telah melakukannya, sila tinggalkan ulasan dengan pantas! Nyatakan anda pengundi nombor berapa.Undian sekarang adalah 416.

    10 20 pengundi pertama dan terpantas akan mendapat hadiah misteri!