emilayusof.com

Ejaan yang betul

Posted on | January 10, 2012 | 30 Comments

SGunakan Bahasa Melayu Dengan Betulebagai seorang yang sedang menjalankan Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul, ingin Kak Emila membebel di sini, bahawa ejaan yang betul juga termasuk didalam kempen tersebut. Banyak ulasan yang Kak Emila terima rata-ratanya menggunakan bahasa ringkas. Kalau hendak gunakan perkataan ‘slang’ boleh tetapi ejalah dengan sepenuhnya. Pastikan juga huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat.

Maaf jika Kak Emila cerewet tetapi Kak Emila ingin mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu dan juga ingin melihat penggunaan bahasa ini tidak diambil ringan. Jangan berkecil hati dengan Kak Emila kerana Kak Emila sayang kamu semua dan teguran in adalah teguran sayang.

Jika hendak mengulas dalam Bahasa Inggeris pun boleh tapi pastikan penggunaan huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat ya.

Mari kita mulakan dengan mengeja dengan betul dan juga menggunakan huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat.  Mari adik-adik sekelian!

Facebook comments:

Powered by Facebook Comments

Comments

30 Responses to “Ejaan yang betul”

  1. Jiji says:

    i musti fail punya

  2. diyadeary says:

    Tahniah Kak Emila di atas usaha yang memberansangkan bagi memartabatkan bahasa ibunda kita! :)

  3. MaryaYusof says:

    Setuju! Saya suka menulis menggunakan ‘slang’ atau bahasa pasar tapi dengan ejaan yang penuh….rasa santai… mudah nak dibaca dari menggunakan bahasa sms yang memeningkan kepala…tegur saya kalau saya salah ;)

  4. puteri says:

    Setuju!

    Saya pun ingin cuba :)

  5. rozela says:

    Saya amat menyokong usaha murni ini! :D

  6. ezna says:

    Usaha yang baik. Alehai…i pun terikut dengan penggunaan bahasa melayu rojak….

  7. YY says:

    Usaha Kak Emila sangat bagus ;-)

  8. fieyona says:

    terkena. selama ini gunakan bahasa rojak dengan meluas. :)

  9. hana says:

    Ops..
    Baiklah Kak Emila, setiap komen akan dihiasi dengan bahasa yang betul Insyaallah
    :) Eh lupa isi noktah . ;)

  10. Ida Karim says:

    Saya akan cuba sedaya upaya.

  11. Maisara says:

    Agreed!

  12. puteri says:

    Kak Emila, saya mintak izin linkkan post ini di blog saya :) dan juga post Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul.

  13. marilah memperjuangkan bahasa melayu :) tulis pendek sebenarnya nak jimat masa, especially bila tulis sms.. hehe. tapi other than that, tiada sebab nak rosakkan bahasa kita

  14. Rose says:

    Kak Emila, saya nak tanya.
    Kalau dalam E-mail, kak Emila ada gunakan bahasa Melayu yang betul kah? Atau ‘slang’? Kadang-kadang serius saya pun gunakan bahasa Melayu yang betul dalam E-mail saya dengan klien, bukan slang dan tak diringkas. Tapi kadang-kadang saya sendiri nampak macam pelik? :D

    • emila says:

      Selalunya Bahasa Melayu betul tetapi tengok keadaan. Kalau dengan kawan, ada juga yang berslang. Untuk tatapan atau bacaan umum, Kak Emila guna bahasa yang betul.

  15. Anarm says:

    Bila penulisan menggunakan bahasa ‘slang’ atau bahasa pasar atau diselit sikit dengan Bahasa Inggeris, kadang2 saya tulis perkataan tu dengan penuh dan buat italic. Itu pun kalau ingat. Kalau terlupa memang dah malas nak edit. Hehe.

    • emila says:

      Elok buat italic macam itu supaya orang tahu ianya bahsa slang atau bahasa selain dari bahasa penulisan kita. Hehe tak apalah, kalau rajin nanti boleh edit semula.

  16. Saffa says:

    Saffa sokong! Walaupun penggunaan Bahasa Melayu Saffa kadang-kadang kurang tepat tapi Saffa selalu pastikan ejaan Saffa betul termasuk penggunaan huruf besar, huruf kecil and tanda noktah semua.

    • Saffa says:

      Saffa sebenarnya ada OCD bagi penggunaan tanda noktah, seru etc dan huruf besar.

      Dalam SMS dan juga Email, Saffa sentiasa pastikan ayat-ayat ditulis dengan huruf besar dipermulaan, ada tanda noktah, koma dan juga mempunyai perenggan yang tersusun rapi.

      Kawan Saffa cakap Saffa jenis yang formal dalam penulisan. Tak pasti macam mana Saffa boleh jadi sangat obessive dengan ayat formal.

  17. Saffa says:

    Bila menulis apa-apa perkataan (Kata Nama Khas) memang Saffa akan pastikan Saffa tulis huruf besar pada pangkal.

    • Saffa says:

      Satu perkara sahaja yang Saffa susah untuk ubah. English. Bahasa rojak. Tapi selalunya Saffa fully English, yang bermasalah kalau menulis dalam BM sebenarnya, mesti nak selitkan perkataan BI.

  18. Cikgu Hairul says:

    Saya menyokong sepenuhnya Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul. Saya juga terpanggil untuk menegur segelintir pemblog yang menggunakan huruf besar dan kecil dalam satu perkataan. CoNtOhnYa seperti ini. Sangat menyukarkan pembaca.

Leave a Reply

    • Sarong. Cotton. 14th century AH.
    • Islamic Arts Museum Malaysia
    • Coffee at Java Coffee, Spectrum #Ampang
    • Belang ber'Instagram'...
    • Its favourite waste of time.
    • Belang is reading tweets!
    • A hanging sweater caught my eyes. Near Vatican City. 2010.
    • "Buy my chestnuts," he said. Trevi, Rome. 2010.
    • B&B Maggiore. Rome. 2010.
    • Piazza Santa Maria Maggiore. Rome. 2010.
    • Colosseum. Italy. 2010.
    • By the time Belang wakes up, Hitam fell asleep.
    • Seekor dah celik, seekor lagi sedang tidur.
    • Wakey wakey! Ada dua ekor kat rumah ni kaki tidur.
    • Kalau mereka tiada, kita susah.
    • Catnap.
    • Kucing jiran. My new student.
    • Jalan Bidor Off Jalan Pahang #kl
    • Belang helping me with filing.
    • Done Rosie!
    • Mydin #Ampang located at Mesra Villa Ampang Campuran
    • Find one thing that is not supposed to be in this picture.
    • #Ampang sky II
    • #Ampang sky
    • This juliet is bleeding... Hate when the color bleeds.
    • Hitam and belang.
    • Can you guess her name?
    • Almost home.
    • #Ampang
    • #Ampang
    • One of the old buildings in bandar #Ampang
    • Still jam. 9.23am. #Ampang
    • Done Cannagirl!
    • Almost done. Isn' t she adorable? :D
    • Up next Cannagirl...
    • Almost done.
    • Work in progress.
    • Done!
    • Half done.
    • Coloring lil' guardian.
    • Getting meself new watercolor pads. 2 of this, 3 smaller ones.
    • Supper. #kl
    • Nothing beats good coffee. #Ampang
    • Time for late breakfast. Papparich #Ampang
    • Exhibition. Karnival 3K. SMKTT. #ampang
    • What the? More like a dancing than exercise. Kids are so not into it.
    • Kids. Lots of them.
    • Ampang-KL Elevated Highway Toll #ampang  #kl # malaysia
    • Plaza Spectrum, Ampang.
    • Mamak and Malay food. #ampang #selangor
    • Here.
    • Avoiding the jam. Best way to travel during peak hour in KL. #malaysia #kl #travel
    • Good morning, eorld. Heading out to 2nd day of #mitbca2012 conference.
    • 1Malaysia dance #mitbca2012
    • Gala dinner #mitbca2012
  • my artwork
  • Emila's Littleshop
  • SUBSCRIBE MY FEED

    Enter your email:

  • Read my terms of use.