awareness/charity

Ejaan yang betul

SGunakan Bahasa Melayu Dengan Betulebagai seorang yang sedang menjalankan Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul, ingin Kak Emila membebel di sini, bahawa ejaan yang betul juga termasuk didalam kempen tersebut. Banyak ulasan yang Kak Emila terima rata-ratanya menggunakan bahasa ringkas. Kalau hendak gunakan perkataan ‘slang’ boleh tetapi ejalah dengan sepenuhnya. Pastikan juga huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat.

Maaf jika Kak Emila cerewet tetapi Kak Emila ingin mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu dan juga ingin melihat penggunaan bahasa ini tidak diambil ringan. Jangan berkecil hati dengan Kak Emila kerana Kak Emila sayang kamu semua dan teguran in adalah teguran sayang.

Jika hendak mengulas dalam Bahasa Inggeris pun boleh tapi pastikan penggunaan huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat ya.

Mari kita mulakan dengan mengeja dengan betul dan juga menggunakan huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat.  Mari adik-adik sekelian!

30 Comments