Ejaan yang betul
Sebagai seorang yang sedang menjalankan Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul, ingin Kak Emila membebel di sini, bahawa ejaan yang betul juga termasuk didalam kempen tersebut. Banyak ulasan yang Kak Emila terima rata-ratanya menggunakan bahasa ringkas. Kalau hendak gunakan perkataan ‘slang’ boleh tetapi ejalah dengan sepenuhnya. Pastikan juga huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat.
Maaf jika Kak Emila cerewet tetapi Kak Emila ingin mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu dan juga ingin melihat penggunaan bahasa ini tidak diambil ringan. Jangan berkecil hati dengan Kak Emila kerana Kak Emila sayang kamu semua dan teguran in adalah teguran sayang.
Jika hendak mengulas dalam Bahasa Inggeris pun boleh tapi pastikan penggunaan huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat ya.
Mari kita mulakan dengan mengeja dengan betul dan juga menggunakan huruf besar dipermulaan pada pangkal ayat. Mari adik-adik sekelian!
30 Comments
Jiji
i musti fail punya
emila
Hmmmm….
mazuriah
Saya setuju. 🙂
diyadeary
Tahniah Kak Emila di atas usaha yang memberansangkan bagi memartabatkan bahasa ibunda kita! 🙂
azah
Cuba la dik. Bukan tak cool pun kalau kita taip penuh.
bain
Setuju!!!~ ^_^
MaryaYusof
Setuju! Saya suka menulis menggunakan ‘slang’ atau bahasa pasar tapi dengan ejaan yang penuh….rasa santai… mudah nak dibaca dari menggunakan bahasa sms yang memeningkan kepala…tegur saya kalau saya salah 😉
puteri
Setuju!
Saya pun ingin cuba 🙂
rozela
Saya amat menyokong usaha murni ini! 😀
ezna
Usaha yang baik. Alehai…i pun terikut dengan penggunaan bahasa melayu rojak….
YY
Usaha Kak Emila sangat bagus 😉
fieyona
terkena. selama ini gunakan bahasa rojak dengan meluas. 🙂
Incik RestNrilekS
Sebenarnya lebih “Cool” kalau menaip dengan penuh. Hehee
hana
Ops..
Baiklah Kak Emila, setiap komen akan dihiasi dengan bahasa yang betul Insyaallah
🙂 Eh lupa isi noktah . 😉
Ida Karim
Saya akan cuba sedaya upaya.
Maisara
Agreed!
puteri
Kak Emila, saya mintak izin linkkan post ini di blog saya 🙂 dan juga post Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul.
emila
Ok, boleh, Puteri. Silakan.
arlidaabdullah
marilah memperjuangkan bahasa melayu 🙂 tulis pendek sebenarnya nak jimat masa, especially bila tulis sms.. hehe. tapi other than that, tiada sebab nak rosakkan bahasa kita
emila
Dari SMS ke SMS, saya kira ok jugalah. Tapi untuk tontonan dan bacaan awam, kita cuba tulis dengan lengkap.
Rose
Kak Emila, saya nak tanya.
Kalau dalam E-mail, kak Emila ada gunakan bahasa Melayu yang betul kah? Atau ‘slang’? Kadang-kadang serius saya pun gunakan bahasa Melayu yang betul dalam E-mail saya dengan klien, bukan slang dan tak diringkas. Tapi kadang-kadang saya sendiri nampak macam pelik? 😀
emila
Selalunya Bahasa Melayu betul tetapi tengok keadaan. Kalau dengan kawan, ada juga yang berslang. Untuk tatapan atau bacaan umum, Kak Emila guna bahasa yang betul.
Anarm
Bila penulisan menggunakan bahasa ‘slang’ atau bahasa pasar atau diselit sikit dengan Bahasa Inggeris, kadang2 saya tulis perkataan tu dengan penuh dan buat italic. Itu pun kalau ingat. Kalau terlupa memang dah malas nak edit. Hehe.
emila
Elok buat italic macam itu supaya orang tahu ianya bahsa slang atau bahasa selain dari bahasa penulisan kita. Hehe tak apalah, kalau rajin nanti boleh edit semula.
Saffa
Saffa sokong! Walaupun penggunaan Bahasa Melayu Saffa kadang-kadang kurang tepat tapi Saffa selalu pastikan ejaan Saffa betul termasuk penggunaan huruf besar, huruf kecil and tanda noktah semua.
Saffa
Saffa sebenarnya ada OCD bagi penggunaan tanda noktah, seru etc dan huruf besar.
Dalam SMS dan juga Email, Saffa sentiasa pastikan ayat-ayat ditulis dengan huruf besar dipermulaan, ada tanda noktah, koma dan juga mempunyai perenggan yang tersusun rapi.
Kawan Saffa cakap Saffa jenis yang formal dalam penulisan. Tak pasti macam mana Saffa boleh jadi sangat obessive dengan ayat formal.
Saffa
Bila menulis apa-apa perkataan (Kata Nama Khas) memang Saffa akan pastikan Saffa tulis huruf besar pada pangkal.
Saffa
Satu perkara sahaja yang Saffa susah untuk ubah. English. Bahasa rojak. Tapi selalunya Saffa fully English, yang bermasalah kalau menulis dalam BM sebenarnya, mesti nak selitkan perkataan BI.
Cikgu Hairul
Saya menyokong sepenuhnya Kempen Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul. Saya juga terpanggil untuk menegur segelintir pemblog yang menggunakan huruf besar dan kecil dalam satu perkataan. CoNtOhnYa seperti ini. Sangat menyukarkan pembaca.
emila
Terima kasih, Cikgu Hairul. Hehe…memang pening nak baca.