copyright

Hormati hakcipta seseorang

This time around, I am writing in BM because those infringers of my artworks were all locals.

Bila kita mencipta karya lukisan, foto, rekabentuk dan penulisan, secara automatiknya, kita memiliki hakcipta keatas karya-karya tersebut. Atas dasar itu, kita mempunyai hak untuk menyiarkan karya-karya tersebut kepada orang awam, juga memanfaatkannya dari segi kewangan. Dalam ertikata lain, kita berhak menjual atau memberi lesen kepada yang berminat untuk menggunakan bahan-bahan tersebut samada untuk kegunaan peribadi juga komersil. Kita juga mempunyai hak untuk menghalang seseorang dari mencuri atau menggunakannya.

Melalui pengalaman yang telah saya lalui, kesedaran ini amat kurang di Malaysia berbanding negara-negara lain. Karya saya telah beberapa kali dicuri untuk kegunaan peribadi juga komersil oleh pemilik-pemilik blog dan juga designer yang bekerja di syarikat-syarikat yang boleh dikatakan agak berjaya. Contoh paling ketara adalah karakter-karakter yang saya cipta seperti emsdoll, raya girl dan merdeka girl.

Karya teratas (poster ika dan isk) telah dicuri oleh designer  dan menjual kepada pelanggan. Dia telah menggunakan teknik ‘trace’ semula. Dalam kes karya bunting kahwin fizza dan rashid, designer mendapat rujukan imej dari pelanggannya, fizza. Fizza mengambil gambar tersebut tanpa izin. Kedua-dua designer dan pelanggan telah meminta maaf daripada saya.

raya girl

Dalam kes ini pula, designer yang mempunyai Hons. Art & Design, telah mencuri karya ini dan dua lagi emsdoll untuk ditampal pada kalendar yang diedarkan untuk pelanggan syarikat tempat dia bekerja. Dia telah dipecat dan saya mendapat pampasan.

Untuk karya yang ini pula, saya sendiri telah terjumpa berpuluh cetakan fotostat yang telah digantung di kaunter pembelian tiket di Genting Highland semasa sambutan hari kemerdekaan. Saya telah menghubungi pihak berkenaan dan mereka menurunkan cetakan tersebut dengan segera dan meminta maaf.

 

Karya ini telah dicuri (mungkin oleh designer atau pencetak poster) dan karakter saya telah diubah tetapi kebanyakkan hasil cipta saya seperti riben, corak pada baju kanak-kanak perempuan, corak pada sampin baju melayu kanak-kanak lelaki, ayam dan anak ayam, pelita adalah semua hasil kerja saya.

name card with my stolen artwork

Karya ini telah dicuri oleh saya tidak pasti samada pemilik kad perniagaan ini atau designernya. Menurut kata pemilik kad perniagaan, designer di syarikat cetakan itu yang memberi pilihan design untuk kad perniagaannya.

used without copyright

Karya ini telah dicuri oleh seorang wanita yang mahu membantu tunangnya menjalankan perniagaan mug. Dia menggunakan foto dan illustrasi saya tanpa kebenaran.

Karya ini dicuri oleh seorang mahasiswa yang sedang belajar di universiti ketika itu. Dia telah mengedit illustrasi saya dan menjadikannya banner header untuk blog miliknya.

Mengambil karya-karya dari internet dan meletakkannya di dalam blog atau memanfaatkannya untuk tujuan komersil tanpa mendapatkan kebenaran dari si pencipta atau si pemilik adalah salah disisi undang-undang. Ada yang mungkin berkata, “Ala, dah letak di internet, saya ambil je la. Kalau tidak, tak payahlah siarkan di Internet!” Ada juga yang mungkin berkata, “Saya gunanya untuk tujuan peribadi, nak cetak atas kad kahwin je, tak menguntungkan mana-mana pihak pun.”

Ingat, perangai seperti ini akan membuatkan anda terjebak ke dalam tuntutan saman oleh pencipta.

Disini saya memetik kata-kata penulis Nisah Haron:

Pelaksanaannya tetap tidak boleh dijalankan, jika pihak yang teraniaya (contoh dalam kes Puan Emila ini) tidak mengambil tindakan. Undang-undang itu tidak bergerak dengan sendirinya. Undang-undang yang sedia ada juga tidak bermakna, jika manusia tidak mahu ambil tahu dan peduli.

Seperti dalam kes Puan Emila Mohd Yusof. Karyanya dicetak rompak. Dia buat ‘bising’ dan meminta ganti rugi daripada pihak yang telah mengambil karyanya tanpa izin. Tuntutan itu ialah sebahagian daripada hak beliau yang telah digariskan oleh undang-undang. Itulah pelaksanaan yang dimaksudkan. Kalau dibiarkan, pihaknya akan rugi kerana Puan Emila sudah menegaskan dirinya adalah pemilik hak cipta karya.

Langkah berikutnya, jika tuntutan itu tidak diendahkan, beliau boleh buat laporan polis dan seterusnya kes itu boleh dibawa ke mahkamah. Itu juga satu pelaksanaan. Namun, tindakan mesti dibuat daripada pemohon. Demikian, sistem perundangan berfungsi di negara kita dan kebanyakan negara di dunia.

Hakikat hak cipta tidak perlu didaftarkan (hanya perlu ditegaskan seperti dalam buku atau blog – dengan meletakkan logo (C)) tidak bermakna sesiapa sahaja boleh mengambil tanpa izin lagi percuma.

Ini juga tidak bermakna pihak yang mengambil tanpa izin itu boleh didenda begitu sahaja. Harus ada permohonan dan mengikut prosedur.

Jadi, sebelum anda ingin mengambil bahan-bahan dari Internet, dapatkan kebenaran dari pencipta atau pemiliknya. Pada hakikatnya, tidak semua benda dalam dunia ini percuma, ini termasuk segala jenis hasil penulisan (kecuali yang telah disahkan tersenarai di Public Domain), perisian komputer (termasuk perisian cetak rompak yang anda beli), gambar (termasuk gambar peribadi artis atau pelakon), poster, peta, lukisan, grafik, gambar iklan, strip kartun, karakter kartun seperti semua  kartun Disney, Hello Kitty, Domo, Upin & Ipin, Mamat, Angry Birds dan seumpamanya, filem, drama, iklan dan sebagainya.

Ingat, hormati hakcipta orang lain dan minta kebenaran untuk menggunakannya. Atas budi bicara pencipta atau pemilik, anda mungkin boleh menggunakannya secara percuma (dengan memberi kredit nama juga pautan kepada pencipta) atau membayar lesen untuk penggunaan secara peribadi atau komersil.

Dalam apa jua keadaan, DAPATKAN KEBENARAN DARI PENCIPTA ATAU PEMILIK.

Untuk memahami secara lanjut mengenai hakcipta, anda boleh dapatkan buku hasil tulisan Nisah Haron yang bertajuk KARYA KITA HAK KITA. Pembelian boleh dilakukan secara online di kedai buku Ujana Ilmu.

karya kita, hak kita oleh nisah haron

Kredit gambar: Ujana Ilmu dan Nisah Haron

Sekian, terma kasih kerana membaca.

27 Comments

  • Oldstock

    Puan Emila,

    Saya puji usaha puan untuk menyiarkan catatan ini dengan harapan agar lebih ramai dari kalangan warga tempatan mengambil berat tentang isu hakcipta.

    Sebenarnya, saya banyak juga terjumpa lukisan dan grafik yang saya pasti hasil kerja puan, dalam melayari blog dan laman web. Cuma saya tidak pasti pemilik blog atau laman web itu telah mendapatkan lesen/kebenaran atau tidak. Ataupun rekaan grafik itu mungkin juga telah ditempah khas dari puan. Ini menunjukkan satu tahap kejayaan yang membanggakan dan saya doakan puan terus berjaya.

    Mudah-mudahan satu hari nanti, hasil karya Emila Yusof menjadi cukup dikenali….

  • marvic

    entri dalam BM jadi saya harus memberi komen dalam BM juga.

    saya rasa jenama EmilaYusof sudah berkembang pesat dan bole dikatakan berjaya kerana timbulnya isu plagiat ini disebabkan oleh hasil karya kak emi yg semakin mantap dan mula dikenali di mata org Malaysia… walau apa pun, saya percaya kak emi sudah bersiap sedia dengan barisan pelaksana undang2 bagi membantu kak emi menangani isu sebegini..

    p/s: rasa mcm lawak je komen dlm bahasa baku.. hehehe
    kak emi.. we support u.. 🙂

  • contengconteng

    Terima kasih Kak Emila untuk penerangan yang sangat jelas tentang isu hakcipta.

    Saya sudah baca blog Kak Emila lama sebelum saya mulakan blog saya sendiri. Kerja Kak Emila banyak beri inspirasi.

    Saya pun rasa rimas juga tengok ramai yang curi hasil karya Kak Emila!

    -Fadhli Hamdan

  • mardiana

    Memang sedih bila hasil usaha kita dibuat begitu. Bagi saya yang dah lama tak mengasah bakat melukis mengetahui bukan senang nak melahirkan sesuatu idea dalam bentuk lukisan kreatif. Lps senang2 digunakan orang lain tanpa izin dan buat keuntungan pula..ada pula mengaku hasil kerja dia..aduhai.

    kalau kita tak boleh beranak jangan curi atau ambik anak orang, kalau nak jadikan anak angkat buatlah ikut prosedur yang ditetapkan hehe

  • emila

    Encik Fadhil, terima kasih juga kerana banyak memberi sokongan kepada saya. Ada ramai yang mengupah saya untuk membuat emsdoll untuk blog mereka dan saya percaya mereka akan melaporkan kepada saya jika mereka ternampak hasil kerja saya di blog yang mencurigakan.

    Mudah-mudahan, amin.

  • YY

    Kak Emi,

    harap-harap perkara tidak sihat ni dapat dibendung. Penat berkarya, orang lain pulak dapat hasil.

    Saya ni teruja dangan blog Kak Emi – inspirational!

  • Akmal Hakim

    Terima kasih pada tuan penulis. Selama ini tidak kisah karya saya di’curi’ atau di’ambil’ kerana saya tidak pernah mengkomersilkannya. Ketika saya mula menyentuh dunia bisnes, baru saya tahu betapa silapnya saya (kerana saya sendiri telah memberi secara percuma karya saya dalam bengkel photoshop), maka rupa-rupanya itu agak merugikan diri sendiri. Kalau nak menyaman, rasa macam kasihan pula :s.

  • nazirah

    salam,kak..betul kak,sy memg la xpenah jumpe lagi org plagiat doll akak,tpi kalo ikutkan byk je gmbar kartun yg diambil sambil lewa tnpa bgi krdt.ada certain blogger cakap “sila beri kredit pada saya” tpi masa yang sama sy tgk dorg pon sama xbgi krdt pd owner asal segala image/kartun/doodle yg dorg pkai tu.kalo letak kredit pon tidak dilinkkan.contoh ‘ kredit to momochan” tpi momochan tu xda link.cume perkataan kosong semata.kalo sy tgk blog luar negara,dorang memg byk yg hormati karya org lain,walaupon telah diedit lain,tpi still bgi backlink pada owner asal.

  • shah blogger

    Salam emila. Btl tu. Thanks kerana mengingatkan. Kat internet semua pengguna ringan je jari kan 🙂 . Anyway sangat bagus artikel ni..

    P.S : Blog ni guna theme thesis ye??

  • emila

    itulah, dalam kisah ada satu kes plagiat tu, dia dahlah ambil kartun kak emila tapi bila nak klik dan save, ada mesej, “tak boleh copy”. mereka tak bagi copy tapi pada hakikat copy orang punya, camner tu?

    sepatutnya bagi kredit mesti dengan link. tapi kalau takde link masih boleh dipertimbangkan lagi. tapi kalau ownernya datang tuntuk link, dia kena masukkan juga.

  • shah blogger

    Welcome. Anyway saya ada printscreen header tadi untuk masukkan dalam entri designer and ilustration malaysia. Hope xpe, sbb sy bg link tuk contact 😀 .. Kalo x ok nnt sy ubah. thanks

    Oh ye ye patutlah ada plug in All in One SEO Pack 1.6.13.4 🙂