• digital illos,  dollies

    Emsdoll for newlywed Zieyla

    Congrats Zieyla on your wedding!

    Here’s a couple emsdoll I made for Zieyla, my favourite loyal customer. She loves it very much.

    This emsdoll is licensed to Zieyla for her blog and FB profile. Copyright is mine and if you are interested to make similar emsdoll, please contact  me via the contact form. Copying and editing is prohibited.

  • copyright

    Hormati hakcipta seseorang

    This time around, I am writing in BM because those infringers of my artworks were all locals.

    Bila kita mencipta karya lukisan, foto, rekabentuk dan penulisan, secara automatiknya, kita memiliki hakcipta keatas karya-karya tersebut. Atas dasar itu, kita mempunyai hak untuk menyiarkan karya-karya tersebut kepada orang awam, juga memanfaatkannya dari segi kewangan. Dalam ertikata lain, kita berhak menjual atau memberi lesen kepada yang berminat untuk menggunakan bahan-bahan tersebut samada untuk kegunaan peribadi juga komersil. Kita juga mempunyai hak untuk menghalang seseorang dari mencuri atau menggunakannya.

    Melalui pengalaman yang telah saya lalui, kesedaran ini amat kurang di Malaysia berbanding negara-negara lain. Karya saya telah beberapa kali dicuri untuk kegunaan peribadi juga komersil oleh pemilik-pemilik blog dan juga designer yang bekerja di syarikat-syarikat yang boleh dikatakan agak berjaya. Contoh paling ketara adalah karakter-karakter yang saya cipta seperti emsdoll, raya girl dan merdeka girl.

    Karya teratas (poster ika dan isk) telah dicuri oleh designer  dan menjual kepada pelanggan. Dia telah menggunakan teknik ‘trace’ semula. Dalam kes karya bunting kahwin fizza dan rashid, designer mendapat rujukan imej dari pelanggannya, fizza. Fizza mengambil gambar tersebut tanpa izin. Kedua-dua designer dan pelanggan telah meminta maaf daripada saya.

    raya girl

    Dalam kes ini pula, designer yang mempunyai Hons. Art & Design, telah mencuri karya ini dan dua lagi emsdoll untuk ditampal pada kalendar yang diedarkan untuk pelanggan syarikat tempat dia bekerja. Dia telah dipecat dan saya mendapat pampasan.

    Untuk karya yang ini pula, saya sendiri telah terjumpa berpuluh cetakan fotostat yang telah digantung di kaunter pembelian tiket di Genting Highland semasa sambutan hari kemerdekaan. Saya telah menghubungi pihak berkenaan dan mereka menurunkan cetakan tersebut dengan segera dan meminta maaf.

     

    Karya ini telah dicuri (mungkin oleh designer atau pencetak poster) dan karakter saya telah diubah tetapi kebanyakkan hasil cipta saya seperti riben, corak pada baju kanak-kanak perempuan, corak pada sampin baju melayu kanak-kanak lelaki, ayam dan anak ayam, pelita adalah semua hasil kerja saya.

    name card with my stolen artwork

    Karya ini telah dicuri oleh saya tidak pasti samada pemilik kad perniagaan ini atau designernya. Menurut kata pemilik kad perniagaan, designer di syarikat cetakan itu yang memberi pilihan design untuk kad perniagaannya.

    used without copyright

    Karya ini telah dicuri oleh seorang wanita yang mahu membantu tunangnya menjalankan perniagaan mug. Dia menggunakan foto dan illustrasi saya tanpa kebenaran.

    Karya ini dicuri oleh seorang mahasiswa yang sedang belajar di universiti ketika itu. Dia telah mengedit illustrasi saya dan menjadikannya banner header untuk blog miliknya.

    Mengambil karya-karya dari internet dan meletakkannya di dalam blog atau memanfaatkannya untuk tujuan komersil tanpa mendapatkan kebenaran dari si pencipta atau si pemilik adalah salah disisi undang-undang. Ada yang mungkin berkata, “Ala, dah letak di internet, saya ambil je la. Kalau tidak, tak payahlah siarkan di Internet!” Ada juga yang mungkin berkata, “Saya gunanya untuk tujuan peribadi, nak cetak atas kad kahwin je, tak menguntungkan mana-mana pihak pun.”

    Ingat, perangai seperti ini akan membuatkan anda terjebak ke dalam tuntutan saman oleh pencipta.

    Disini saya memetik kata-kata penulis Nisah Haron:

    Pelaksanaannya tetap tidak boleh dijalankan, jika pihak yang teraniaya (contoh dalam kes Puan Emila ini) tidak mengambil tindakan. Undang-undang itu tidak bergerak dengan sendirinya. Undang-undang yang sedia ada juga tidak bermakna, jika manusia tidak mahu ambil tahu dan peduli.

    Seperti dalam kes Puan Emila Mohd Yusof. Karyanya dicetak rompak. Dia buat ‘bising’ dan meminta ganti rugi daripada pihak yang telah mengambil karyanya tanpa izin. Tuntutan itu ialah sebahagian daripada hak beliau yang telah digariskan oleh undang-undang. Itulah pelaksanaan yang dimaksudkan. Kalau dibiarkan, pihaknya akan rugi kerana Puan Emila sudah menegaskan dirinya adalah pemilik hak cipta karya.

    Langkah berikutnya, jika tuntutan itu tidak diendahkan, beliau boleh buat laporan polis dan seterusnya kes itu boleh dibawa ke mahkamah. Itu juga satu pelaksanaan. Namun, tindakan mesti dibuat daripada pemohon. Demikian, sistem perundangan berfungsi di negara kita dan kebanyakan negara di dunia.

    Hakikat hak cipta tidak perlu didaftarkan (hanya perlu ditegaskan seperti dalam buku atau blog – dengan meletakkan logo (C)) tidak bermakna sesiapa sahaja boleh mengambil tanpa izin lagi percuma.

    Ini juga tidak bermakna pihak yang mengambil tanpa izin itu boleh didenda begitu sahaja. Harus ada permohonan dan mengikut prosedur.

    Jadi, sebelum anda ingin mengambil bahan-bahan dari Internet, dapatkan kebenaran dari pencipta atau pemiliknya. Pada hakikatnya, tidak semua benda dalam dunia ini percuma, ini termasuk segala jenis hasil penulisan (kecuali yang telah disahkan tersenarai di Public Domain), perisian komputer (termasuk perisian cetak rompak yang anda beli), gambar (termasuk gambar peribadi artis atau pelakon), poster, peta, lukisan, grafik, gambar iklan, strip kartun, karakter kartun seperti semua  kartun Disney, Hello Kitty, Domo, Upin & Ipin, Mamat, Angry Birds dan seumpamanya, filem, drama, iklan dan sebagainya.

    Ingat, hormati hakcipta orang lain dan minta kebenaran untuk menggunakannya. Atas budi bicara pencipta atau pemilik, anda mungkin boleh menggunakannya secara percuma (dengan memberi kredit nama juga pautan kepada pencipta) atau membayar lesen untuk penggunaan secara peribadi atau komersil.

    Dalam apa jua keadaan, DAPATKAN KEBENARAN DARI PENCIPTA ATAU PEMILIK.

    Untuk memahami secara lanjut mengenai hakcipta, anda boleh dapatkan buku hasil tulisan Nisah Haron yang bertajuk KARYA KITA HAK KITA. Pembelian boleh dilakukan secara online di kedai buku Ujana Ilmu.

    karya kita, hak kita oleh nisah haron

    Kredit gambar: Ujana Ilmu dan Nisah Haron

    Sekian, terma kasih kerana membaca.