ABOUT ME

Jangan tegakkan benang yang basah

Alhamdulillah, yang empunya syarikat juga Pengarah Urusan yang mengeluarkan kalendar yang mengandungi hasil ilustrasi saya, telah pun menghubungi saya dan juga peguam saya. Dari kandungan e-mel dan hasil perbincangan, nampak akan selesai segalanya secepat mungkin.

Tetapi sekitar jam 5 petang tadi, yang empunya syarikat menghubungi saya dengan memberi dua pautan gambar yang telah diberi oleh ‘Pereka Grafik’ syarikat milik beliau, yang mengandungi hasil kerja saya tadi. Pautan tersebut bagaikan satu tamparan hebat bagi saya kerana ianya dihoskan di freeimagehosting.net, satu laman web khusus untuk gambar percuma, tiada syarat-syarat atau terma hakcipta.

Lalu saya hubungi  peguam dan memberitahu beliau tentang perkara ini. Dalam masa sepuluh minit, peguam pun menghubungi saya semula, katanya, “cuba you right click on the image and see the timestamp, it has been only uploaded today.” Oh, saya baru ingat!! Yang setiap gambar ada bukti tarikh dimuatnaik!!

timestamp imej curi

Klik untuk lihat saiz yang lagi besarrrrrr

Yahoo! Terima kasih tuan lawyer! Saya baru sahaja bermuram durja kerana saya sangkakan lebih banyak lagi hasil kerja saya berleluasa diluar sana tanpa dapat saya kesan. Ok saya tahu ada banyak, tapi saya bergantung pada kawan-kawan blogger juga pembaca blog ini untuk membantu saya tampil kehadapan dan menghubungi saya jika ternampak hasil kerja saya dimana-mana. Untuk itu, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Belanja makan? Tentu sahaja boleh.

Ok, berbalik pada isu pautan tadi, setelah saya dapati ianya baru dimuatnaik petang tadi, saya berasa lega. Oh ya, sebelum itu, saya ada perasan pada kalendar tersebut, pada ilustrasi Norah, Emot, Dixie dan Pumpkin, terdapat beberapa bahagian yang masih mempunyai latarbelakang asal(berwarna biru) yang mungkin lupa dipadam oleh si ‘Pereka Grafik’ tersebut. Gambar asal saya mempunyai latarbelakang biru tersebut manakala gambar yang baru dimuatnaik ke freeimagehosting berlatarbelakangkan warna putih. “Aha!” Awak tertangkap disitu, wahai Pereka Grafik. Dimana awak nak lari.

background issue

Bukti yang telah saya kemukakan kepada Encik Empunya dan Pengarah Urusan yang baikhati

Apa lagi penipuan yang awak nak kemukakan kepada orang yang beri awak gaji? yang beri awak sumber rezeki? Sanggup awak menipu dia? Saya kasihan pada boss awak, dia begitu baik sekali, cuba melindungi awak kerana dia percaya kepada awak.

Takpelah, kalau awak tak kasihan pada dia, awak kasihanlah pada saya, cukup-cukuplah nak menegakkan benang yang basah. Jadilah seorang lelaki yang berani dan mengaku kesalahan awak. Kita sama-sama Melayu dan beragama Islam.

Saya juga ada nama penuh dan nama nick awak, dan telah melakukan kerja-kerja penyiasatan. Hasil fotografi dan manipulasi gambar awak memang cantik, secantik poster Alice in Wonderland yang dicipta oleh BLT & Associates, tahapnya. Dan saya juga suka sekali melihat peringatan notis hakcipta dikesemua gambar-gambar awak di Flickr. Oh, adakah disitu awak mengambil gambar saya? Jika disitu, maka notis hakcipta saya juga tertera dengan terangnya disidebar Flickr saya.

Tapi, saya tahu awak ada maruah dan saya tidak akan dedahkan nama awak. Saya juga ada maruah, cuma tahapnya lebih tinggi dari awak.

Hmm…tapi, jika boss awak masih mempercayai awak dan tidak mahu membayar gantirugi, maka kes ini akan berlarutan ke mahkamah dan untuk mencari seberapa banyak maklumat, saya mungkin terpaksa menyiarkan nama awak, lulusan mana dan sebagainya kerana saya perlu mencari seberapa banyak maklumat tentang awak dari orang-orang yang mungkin mengenali awak. Renung-renungkanlah.

40 Comments