My Littleshop

Buku panduan keselamatan

New in Littleshop!!!

Tajuk: Keselamatan di Persekitaran Luar
Penulis: Mejar Mohd Yusof Abdullah (B)
Saiz: 253mm (tinggi) x 203 mm (lebar)
Mukasurat: 136 Kulit: Lembut
Harga: RM39.00

Buku panduan yang praktikal ini mengkhusus kepada aspek keselamatan dalam konteks aktiviti yang diadakan di persekitaran luar atau semulajadi. Buku ini diilhamkan dari pengalaman penulis sendiri yang terlibat dengan beberapa operasi ketenteraan di hutan, latihan di laut dan juga sebagai jurulatih kegiatan luar diikuti dengan hasil penyelidikan semasa.

Tentang penulis:
Mejar Mohd Yusof Abdullah (B) telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia melalui Kor Greak Khas (Komando), Kor Kelengkapan dan Kor Pelajaran. Dalam perkhidmatan komando, beliau memiliki tiga kelulusan komando iaitu beret hijau Malaysia, beret merah Indonesia (RPKAD) dan beret hijau British (British Royal MArine Commando). Beliau juga menerima latihan di bidang ‘Coastal Navigation’ dari SAS Australia dan ‘Swimmer Canoeist’ dari British Royal Marine Commando. Dalam pasukan komando, beliau adalah pelopor kepada latihan amfibia secara intensif yang melibatkan kawasan sungai dan laut di seluruh Semenanjung Malaysia.

Yup, he is the YUSOF of Emila YUSOF. More information in Littleshop.

18 Comments